Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......
Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
(Satu Cinta ~ Starfive)
29 June 2010
.....Satu Cinta......
27 June 2010
Hari ni dah masuk dua hari ana tinggal kat sini..betapa rindunya kat rumah.huhu..selalu x rasa macam ni. Mungkin sebab sunyi dan xde teman berbual. Sebab tu rasa sdih je.
Walaubagaimana pun, ana xboleh lemah n ikutkan sangat perasaan..teringat mesej kawan ana tadi.kt kena KUAT..betul tu..memang kaum wanita ni lemah..itu x dinafikan tapi kekuatan diri tu tetap ada..sabarlah..masih ada tanggungjawab di sini yang belum terlaksana.. insyaALLAH,kalau kita tolong agama-Nya, Dia akan menolong kita dan Innallah hama ana..sesungguhnya ALLAH bersama kita..
Mulai hari ni mulakan azam baru dengan sesi baru yang bakal bermula tak lama lagi..berikanlah hadiah kejayaan kepada mereka,umi dan abah..insyaALLAH..
Ya ALLAH,permudahkanlah segala urusanku..amin.

26 June 2010
Hari ini..
alhamdulillah,petang tadi dah selamat sampai kat shah alam..tempat ku menuntut ilmu..walaupun baru sekejap,tapi perasaan rindu kat rumah dah membuak2 dalam dada..rindunya kat adik2..umi,abah n family..
semalam rasa happy sangat dapat masak laksa penang ngan umi sebelum bertolak pagi tadi.
dah lama x makan laksa penang yang umi buat n semalam dapat makan n buat ngan umi.seronok sangat..asing isi ikan sama2..sambil borak macam2..rindunya saat itu walaupun baru je berlalu..
actually banyak lagi nak tulis tapi xmampu dah..takut ada takungan yang pecah nanti.huhu..
umi,abah..doakan kakna di sini..terim kasih ya ALLAH kerana memberikan daku keluarga yang bahagia dan penyayang..x terbalas jasa mereka padaku..hanya Dia yang mampu membalasnya..
wassalam~
24 June 2010
Luahan..Ingatan
tadi,lepas magrib, alhamdulillah ana sempat dan diberi peluang untuk 'menadah'(belajar) kitab dengan ustaz yang datang mengajar di masjid yang berdekatan..sedikit sebanyak dapat ana tambah ilmu yang sedikit dalam dada. Kitab Penawar Bagi Hati. seronok sangat kalau dapat belajar kitab ni. tetapi macam selalu, golongan muda adalah golongan yang paling minoriti kalau di majlis2 ilmu.
teringat pulak kat kolej di tempat ana belajar.Kolej MAWAR..yang hanya dihuni oleh kuntuman mawar indah yang berduri. taman larangan bagi si kumbang.huhu..kat sana ada sebuah surau dan mestilah namanya surau mawar..dan boleh dikategorikan sebagai surau yang paling aktif dengan aktiviti rohaninya.antara aktiviti yang dijalankan ialah tazkirah,belajar tajwid,tayangan, qiamullai dan sharing is caring.

selain itu,majlis buka puasa bersama2 setiap hari isnin dan khamis.semester lepas ana x dapat nak sertai sangat iftar sebab kedua2nya ada kelas malam. hari khamis je kadang2 sempat. kalau puasa hari isnin, memang selalu buka puasa dalam kelas dengan kawan sambil lecturer mengajar...huhu.minum air @ makan coklat. habis kelas baru kami pergi beli makanan dan makan..pernah satu hari tu kami tengah asyik dengar lecture & bersoal jawab tentang presentation,x sedar jam dah pukul 8.lepas tu baru kami buka puasa..huhu.1st time,bukak puasa lewat.lepas habis kelas,solat & berjalan balik..
semester lepas jugak,kat kolej banyak buat program kerohanian..antaranya program ISIS. terbuka kepada semua pelajar universiti tempat ana belajar.walaupun ramai orang luar cakap UiTM adalah universiti paling sosial,bagi ana sosial ke x sebenarnya terpulang pada individu yang belajar kat situ.
dulu masa mula2 ana dapat tawaran belajar kat sana, risau jugak sebab dengar orang cakap macam tu. tapi bila ana fikir,kat mana2 pun sama saje asalkan kita pandai jaga diri.teringat pesanan sahabat ana,kita kena jadi macam ikan,walaupun air laut masin,rasanya tetap tawar bila di darat..dan ilmu itu sangat penting untuk kita pelajari dan amalkan.
macam pepatah arab,
:: Sunnah Orang Berjuang :;
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Tajuk Nasyid : Sunnah Orang Berjuang
Artis : Hijjaz
Album : Pelita Hidup 4
~Taubat Seorang Hamba~
(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…..
Taubatku ini…..
(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…
Taubatku ini…
(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x….
Taubatku ini…
(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini…
Tajuk Nasyid : Taubat Seorang Hamba
Artis : Irsyadee
Feat : Hafiz Hamidun
Album : Petunjuk Sepanjang Jalan
23 June 2010
Hati hati semua dengan FACEBOOK !!!
http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts
Cuba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,
jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga
Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..
Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..
tolong disebarkan.
syukran.
(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)
copy from : http://www.benashaari.com/2010/06/hati-hati-semua.html
Surat Cinta Untuk Jiwaku...
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya
"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "
Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".

sumber:http://www.halaqah.net/
'' Petua Mencuci Hati ''

beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat
**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya
22 June 2010
" Open Your Eyes "
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
Album: Thank You Allah
21 June 2010
Ayahku..
Persimpangan wujud
Kegoncangan emosi timbul
Kegigihan ku mulai memudar
Ketabahan ku menipis
Kepercayaan ku dikhianati
Engkau hadir dalam putih hatiku
Kata-katamu lembut menyentuh nuraniku
Parasmu terlintas dalam sejuk fikiranku
Kagumku padamu mengingatkanku
Bahawa "jangan berhenti di sini nak!"
Jalan masih panjang, perjuangan masih belum dimulai
Tidakkah kau ingin nak untuk mencuba
Menggapai sejuta mimpimu
Selagi kesempatan masih ada
Dan kau pun kuat untuk menghadapinya
"Tidakkah engkau ingin untuk mencuba anakku?"
Itu katamu padaku
Doamu membuatku selalu kuat menghadapinya
Kata-katamu selalu terngiang di telingaku
Membuatku tegar dan tegas dalam menyikapi kehidupan.

~ Surat Untuk Hawa ~

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,
Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……
SURAT ADAM UNTUK HAWA
Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….
Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....
Hawa.... Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....
Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..
Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?
Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...
Sedarkah kau Hawa.....? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu! Hawa.... Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.
Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....
Hawa.... Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!... Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!
Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?
Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!
Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.
Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu..... Firman Allah swt: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”
Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...
Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”
" Hati Wanita...Hati Muslimah.."

Wanita??Perempuan??Muslimah??...
Aku tertarik bila cerita tentang wanita..sebab ape?? mungkinkah aku juga seorang wanita juga seorang muslimah...juga menginginkan Muslimah yang bergelar solehah..
Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan daku, yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, jantungku untuk berdegup, kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip setiap coretan dari hatiku. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya.
Entah mengapa jiwaku meronta. Aku wanita inginkan kebebasan dalam setiap apa yang ingin ku lakukan. Bukanlah kebebasan yang bertentangan dengan syariat agamaku. Tapi kebebasan untukku bersuara. Kebebasan untukku menjadi apa yang ingin orang lain impikan. Janganlah kerana diri ini yang lemah kau anggap daku tidak punya perasaan. Hatiku bisa terusik oleh kata-kata yang amat menyakitkan. Aku tertanya-tanya, mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu layak di hormati? Mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu sebagai permata di segenap ruang hati yang bergelar lelaki? Bukan niatku sebagai wanita untuk di sanjung. Dan bukan juga niatku untuk mendapatkan sesuatu tempat yang tinggi yang aku juga tidak pasti apakah aku layak ataupun tidak. Cuma, hatiku meronta ingin di lepaskan dari bebanan yang mencengkam jiwa. Aku tidak meminta untuk mendapat tempat teratas mahupun di bawah kalian. Tapi aku ingin berada di samping mu wahai Adam supaya kalian boleh memimpin ku. Menjadikan ku seorang yang boleh memanfaatkan setiap sudut kenikmatan yang telah di anugerahi kepada wanita sepertiku.
Ya benar!! Wanita sepertiku tidak lari dari sifat egoistik yang memuncak. Bukanlah kerana aku ingin di pimpin oleh syaitan untuk menguasai sifat itu. Bukanlah niat ku untuk membongkak atas tingginya martabatku yang telah di janjikan olehNya bilamana aku menjadi seorang wanita yang solehah. Tapi, aku ingin menjaga maruahku!! Aku tidak ingin jika diriku mudah untuk dipijak, diperdaya, dan di aniaya oleh manusia seperti kalian. Aku tidak rela diriku di jatuhkan dengan pelbagai fitnah yang boleh menjadi kemurkaan-Nya kepadaku. Mengapakah kalian tidak memahami hati ini?? Mengapakah kalian tidak boleh membantu diri ini?? Apakah dengan kelemahan diri ini memudahkan kalian untuk mempergunakan kami sebagai wanita?? Bagaimanakah agaknya bila ibu kalian, kakak kalian atau adik perempuan di perlakukan oleh orang seperti kalian??? Sanggupkah kalian?? Ya benar. Aku lemah, malah memang telah di ciptakan bahawa aku seorang yang lemah tapi aku juga punya kekuatan yang luar biasa. Bilamana di bandingkan antara kalian, kalian tidak dapat mengatasi kekuatanku ini. Iaitu SABAR. Hatiku yang serapuh kaca bisa di baik pulihkan oleh sifatku yang penyabar. Daku punya sifat yang sabar malah mudah memaafkan orang lain walaupun setiap detik yangku lalu memberiku erti sebenar hidupku. Sabar itulah satu-satunya kekuatan yang menjadi penenang jiwaku. Dan SENYUMAN.. senyuman yang diukir dari bibir juga dapat menenangkan segala yang menimpa diriku ini walaupun perit untukku hadapinya dari saat ke saat. Biarpun daku tidak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini, tapi aku yakin akan janjiNya, bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang yang sabar menghadapi ujian yang ku rasa adalah ujian yang memang itulah yang telah dialirkan dalam hidupku..
Tidak ada sesiapa pun wanita di dunia ini yang tidak ingin diberi perhatian. Aku, seorang wanita tetap menginginkan perhatian. Janganlah kalian terkejut atau terkilan bila aku katakan bahawa setiap wanita menginginkan dirinya diperlakukan seperti kanak-kanak. Ingin disayangi, ingin didengar, diajar, dipimpin malah tidak harus di kasari walaupun tidak setaraf dengan usia. Sebagaimana kanak-kanak itu ibarat kain yang putih dan ibu bapa yang harus mencorakkannya. Begitulah juga dengan wanita sepertimana diibaratkan wanita ini adalah sebagai tulang rusuk yang bengkok. Maka kalian wahai Adam lah yang sepatut meluruskannya. Itulah yang daku maksudkan. Bukanlah daku tidak mengizinkan kalian untuk menegurku tapi tolong jangan berlaku kasar kepadaku kerana ia mungkin boleh menimbulkan luka dalam hati kerana diriku seorang Wanita..Yang ingin juga dihormati walaupun tidak selayaknya buatku. Bila wanita sepertiku mendapat luka yang mendalam, ia tetap terpahat dan menimbulkan bekas yang mencengkam. Benar, diriku selalu di selubungi oleh sifat sensitif yang mendalam. Kadang-kadang juga emosional yang menggunung. Tapi dengan satu pujukan sahaja boleh mencairkan hati ku yang beku sepertimana ais di cairkan oleh air panas. Betapa lembutnya hati seorang yang bernama WANITA..
Justeru aku merayu, bantulah insan-insan sepertiku. Entah mengapa hatiku semakin terusik. Semakin sensitif sejak akhir-akhir ini. Jiwaku ingin meronta. Aku tidak ada sesiapa melainkan kalian wahai Adam, melainkan DIA. Kalian lah pemimpin kami. Dan kepada kalian lah aku bergantung. Bantulah diriku wanita yang lemah. Pimpinlah aku ke arah keredhaan-Nya. Berikan sepenuh ketulusan dalam jiwa kalian untuk membimbing diriku untuk kejayaan, tetapi bukan menggunakan kesempatan di sebalik kelemahan yang aku ada. Sedarkanlah diriku dari lena yang penuh dengan kelalaian, yang penuh keseronokkan, yang penuh kealpaan duniawi. Jangan biarkan aku di gelar 'rosak' di sebabkan oleh kepercayaanku atas penipuanmu, oleh kasih sayangmu yang dusta tetapi tidak pernah menunjukkan kami ke jalan yang benar yang diredhai, yangku impikan dalam hidupku hingga ke Firdausi. Jadilah seperti junjungan besar Muhammad yang amat mencintai dan menghargai orang-orang sepertiku tanpa melemparkan dusta dan fitnah untuk menghancurkan maruahku...
Aku juga seorang WANITA...dan aku juga MUSLIMAH yang mengimpikan kebahgiaan dalam hidupku.. yang ingin juga bergelar SOLEHAH buatmu wahai Adam.. bukan untuk dipermainkan diriku ini sementara hidupku di dunia ini, bukan juga di campak ke sana sini cerita hidupku, yang ingin ku hindari dari fitnah duniawi yang tidak akan berhenti.. Lindungilah diriku dan bawalah aku kejalan yang diredhai.. Yang telah Engkau janjikan buat hambanya yang SABAR menghadapi tipa ujianMu...
Seikhlas Coretan Selembar Senyuman:-
..::* Zun-Nur Ahlaiah *::..
20 June 2010
::~Hari Ini ~::

18 June 2010
:: Kenangan ::

yang tu cikgu sekolah menengah.kalau sekolah rendah dulu,cikgu yang paling ana rapat,cikgu Haminah..ana pun dah x ingat macam mana ana rapat dengan cikgu Haminah.mungkin sebab selalu kena marah ngan cikgu masa sekolah dulu.huhu..beliau guru kelas darjah 2.dan sepanjang sekolah rendah dulu,result exam masa darjah 2 la yang paling teruk kot..pernah dapat nombor 20 lebih dalam kelas.banyak main2.hehe..tapi lepas tu dah insaf agaknye masa naik darjah 3.
dan lepas darjah 3 jugaklah hidup ana mula berubah..mula2 sedih jugak sebab terpaksa berpisah dengan kawan2 baik..madiihah,nabilah,fatimah,nazli..(kawan2 yang x pernah luput dari ingatan..insyaALLAH)tapi lepas tu xpe dah.
terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang telah ana tempuh sepanjang hidup di bumi yang hanya pinjaman ini..melalui kenangan,pengalaman inilah,diri ini makin matang dalam menempuh hari yang mendatang.walaupun kadang2 masih kebudak-budakan,tapi ana cuba untuk jadi matang dalam memilih dan membuat keputusan..semoga ALLAH memberkati apa yang telah ana lakukan dan hidup ini memberi manfaat kepada orang lain,jauh sekali ingin menyusahkan sesiapa..

13 June 2010
~ Hmmmm..(^_^) ~

lgi dua mggu ana akn blik ke shah alam.ad tanggungjawab yg sdg mnunggu di sana n sem baru pn bkal bermula.smga ia bermula dgn smgat bru n niat hanya untuk mnuntut ilmu krnMU.
sem dpn jdual ana agk pnuh.sem dpn ambik 22 jam cre.9 subjek termasuk koko.hmm..agk pnt tp hrp ana blh bhgikn msa dgn sebaiknye nnt.permohonan kolej tuk sem dpn pn gagal.terpaksa buat rayuan.wlupn agk kecewa dgn alsn n sbb permhonan gagal,harap rayuan nnt dapatla.ssh klu xdapat duk klej.tambah plk sem dpn kls full.ya ALLAH,permudahknlah segala urusan ku nnt..
InsyaALLAH,klu ad klpangan nnt ana akn postkn cerpen buat tatapn smua..k,stakat ni shj dulu.insyaALLAH ada masa nnt ana akn post smthing buat bacaan kita brsama.salam..\\(^_^)//
06 June 2010
~ Love is Cinta ~

Apa itu cinta?rasanye ramai yang tahu..CINTA??cinta ada banyak.terpulang kepada individu itu sendiri untuk mendefinisikan cinta.
Cinta adalah satu fitrah yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan yang mampu melahirkan kesanggupan untuk berkorban demi sesuatu yang dicintainya.
~ 6 cinta utama ~
- CINTA kepada ALLAH
- CINTA kepada RASUL
- CINTA kepada IBUBAPA
- CINTA kepada AGAMA
- CINTA kepada DIRI SENDIRI
- CINTA SESAMA MAKHLUK