24 June 2010

Luahan..Ingatan

alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mampu menghirup oksigen dan bernafas dengan nikmat yang di beri..terutama nikmat iman dan islam..

tadi,lepas magrib, alhamdulillah ana sempat dan diberi peluang untuk 'menadah'(belajar) kitab dengan ustaz yang datang mengajar di masjid yang berdekatan..sedikit sebanyak dapat ana tambah ilmu yang sedikit dalam dada. Kitab Penawar Bagi Hati. seronok sangat kalau dapat belajar kitab ni. tetapi macam selalu, golongan muda adalah golongan yang paling minoriti kalau di majlis2 ilmu.

teringat pulak kat kolej di tempat ana belajar.Kolej MAWAR..yang hanya dihuni oleh kuntuman mawar indah yang berduri. taman larangan bagi si kumbang.huhu..kat sana ada sebuah surau dan mestilah namanya surau mawar..dan boleh dikategorikan sebagai surau yang paling aktif dengan aktiviti rohaninya.antara aktiviti yang dijalankan ialah tazkirah,belajar tajwid,tayangan, qiamullai dan sharing is caring.


selain itu,majlis buka puasa bersama2 setiap hari isnin dan khamis.semester lepas ana x dapat nak sertai sangat iftar sebab kedua2nya ada kelas malam. hari khamis je kadang2 sempat. kalau puasa hari isnin, memang selalu buka puasa dalam kelas dengan kawan sambil lecturer mengajar...huhu.minum air @ makan coklat. habis kelas baru kami pergi beli makanan dan makan..pernah satu hari tu kami tengah asyik dengar lecture & bersoal jawab tentang presentation,x sedar jam dah pukul 8.lepas tu baru kami buka puasa..huhu.1st time,bukak puasa lewat.lepas habis kelas,solat & berjalan balik..

semester lepas jugak,kat kolej banyak buat program kerohanian..antaranya program ISIS. terbuka kepada semua pelajar universiti tempat ana belajar.walaupun ramai orang luar cakap UiTM adalah universiti paling sosial,bagi ana sosial ke x sebenarnya terpulang pada individu yang belajar kat situ.

dulu masa mula2 ana dapat tawaran belajar kat sana, risau jugak sebab dengar orang cakap macam tu. tapi bila ana fikir,kat mana2 pun sama saje asalkan kita pandai jaga diri.teringat pesanan sahabat ana,kita kena jadi macam ikan,walaupun air laut masin,rasanya tetap tawar bila di darat..dan ilmu itu sangat penting untuk kita pelajari dan amalkan.

macam pepatah arab,

العلم بلا عمل كالشجربلا سمر

x lama lagi semester baru akan bermula..rasa macam baru je cuti.x puas lagi rasa duk kat rumah dengan family; umi,abah dan adik-adikku sayang..cepat betul masa berlalu. buka semester nanti, ana akan ada adik senior..huhu.tapi mereka pastinya sebaya dengan ana..

sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi rasanya cukupla dulu sampai sini.hehe..insyaALLAH,nanti ada keluangan masa walaupun masa itu begitu mencemburui,ana akan menulis lagi sebab ana memang suka menulis cuma x sempat je.huhu..

wassalam~

No comments:

:: Halwa Telinga ::