Photobucket

16 February 2013

Dunia hanya persinggahan....

Firman ALLAH SWT bermaksud:

"Wahai kaumku! sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."
(Ghafir:39)


Jodoh dengan pasangan impian BELUM TENTU AKAN DATANG.
Tetapi jodoh dengan KEMATIAN, KUBUR, AKHIRAT pasti akan datang walaupun tidak diundang.

hidup itu dengan izin ALLAH dan mati itu pasti...
setiap yang hidup pasti akan merasai mati kerana syarat untuk mati adalah hidup...

"InsyaAllah. Kita semua bakal jenazah. Jodoh kita dengan mati adalah pasti."

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

(Yusuf 12:101)

Aamiin Allahumma aamiin...



"Malaikat Izrail akan datang tanpa kenal rasa hiba, menghancurkan rasa cinta, meruntuhkan kekeluargaan. Hartamu yang segunung tidak akan berkuasa menghentikannya. Hanya satu yang mampu menyelamatkan jiwamu, iaitu amalanmu. Adakah engkau sudah bersedia untuk mati?"
_Dr. 'Aidh al-Qarni, pengarang La Tahzan 

No comments:

:: Halwa Telinga ::