10 January 2013

Berbicara tentang CEMBURU :)

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* SIFAT CEMBURU YANG SANGAT TINGGI 

~Kajian mengenai bulan kelahiran dan sikap anda,oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

BAGAIMANA ISLAM MEMANDU SIFAT CEMBURU DALAM HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Nabi Daud A.S pernah berpesan kepada anaknya Sulaiman A.S, "Wahai anakku, jangan terlalu banyak cemburu kepada isterimu, jangan kamu lihat yang buruk-buruk sahaja. Ini kerana, sifat yang keterlaluan itu akan menyebabkan isterimu menjadi mangsa tuduhan yang melampau padahal dia bersih dari tuduhan tersebut" - Sunan Al Baihaqi 1/499

Sifat cemburu yang berlebihan menyebabkan pasangan suami isteri saling bersangka buruk sesama sendiri dan hubungan kian menjadi retak. Cemburu yang timbul berasaskan perasaan ragu dan sangsi seperti ini dikatakan "cemburu buta". Cemburu seperti inilah yang akan membuka pintu kemungkinan berlakunya kesalahan dan kemurkaan Allah Taala. Iaitu apabila sesuatu yang dicemburukan diyakini benar berlaku walaupun tanpa selidik dan usul periksa. Cemburu seperti ini boleh meracuni perhubungan dan pergaulan ketika mengharungi bahtera kehidupan.

Namun, tanpa cemburu juga merbahaya. Melalui cemburu, seseorang menunjukkan sikap ingin mempertahankan sesuatu seutuhnya, dijaga sepenuh pengawasannya. Tanpa cemburu juga maka tiada siapa yang akan ambil peduli dan terpanggil untuk rasa bertanggungjawab membaiki keadaan. Sebarang kebiasaan tabiat buruk dan keterlanjuran akan mudah membarah menjadi gejala tidak sihat apabila tiada sesiapa yang peka dan sensitif dengan kecemburuannya. Kita khuatir tanpa sifat cemburu atau kononnya mahu digelar "sporting", ia nantinya melahirkan masyarakat yang sesat barat, sehingga seseorang itu tega membiarkan lelaki lain berjalan-jalan bersama isterinya, membiarkan pergaulan adik perempuannya tanpa kawalan. Oleh kerana itu, sifat cemburu menjadi satu elemen yang diperlukan bagi memastikan keutuhan rumah tangga, asalkan neraca yang menjadi asas kecemburuan itu selari dengan kehendak Allah Taala.

Jika perasaan cemburu hilang kepada pasangan hidup dengan alasan saling mempercayai satu sama lain, satu hari nanti ia pasti akan mengundang fitnah dan kerosakan rumah tangga. Seorang lelaki berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah sesungguhnya isteriku pergi haji, sedangkan aku telah diwajibkan ikut di dalam peperangan ini". Maka Baginda bersabda, "Pergilah berangkat haji bersama isterimu" - Sahih Bukhari (3006)

Seorang suami bukan sahaja harus mencemburui isterinya, malah isteri juga harus mencemburui suaminya. Demikian juga ibu bapa harus cemburu kepada anak-anaknya. Kecemburuan ini bersumberkan ikatan kasih sayang. Persoalannya, kasih sayang yang bagaimana? Sebagai contoh, tidak cukup sayangkan isteri kerana kecantikan rupa parasnya. Jika demikian, apabila kecantikan itu hilang dimamah usia maka akan pudar jugalah rasa cemburu suami terhadap isterinya. Sayang tidak akan kekal dan cemburu tidak akan berterusan jika diikat dengan sesuatu yang tidak abadi dan hakiki. Oleh kerana itu, sayang dan cemburu seorang suami atau bapa kepada isteri dan anaknya haruslah sampai ke pintu syurga.

Sifat cemburu mestilah dipandu dengan asas iman dan akal, bukan emosi semata-mata. Sikap cemburu jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati.


Cemburu Sifat Orang Beriman, Tanda Sayang & Bukti Harga Diri

Cemburu itu tanda sayang, ia menjadi bumbu dalam hubungan kasih sayang. Tetapi, sayangilah apa jua asalkan ia dihubungkan kepada Allah Taala Yang Mempunyai Segala-galanya. Justeru, cemburulah apabila suami atau isteri mahupun anak yang menunjukkan tanda-tanda lalai dan melencong daripada landasan hidup sebagai orang yang dicintai Allah. Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)

Sa'ad bin Ubadah R.A pernah menggambarkan perasaan marahnya di hadapan Para Sahabat jika dia mengetahui isterinya bergaul dengan lelaki lain. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, "Apakah kalian merasa hairan dengan kecemburuan Sa'ad? Sesungguhnya aku lebih cemburu jika dibandingkan dengannya, dan Allah lebih cemburu jika dibandingkan denganku. Kerana itu Allah melarang perbuatan keji, baik ia dilakukan secara terang mahupun secara sembunyi. Dan tiada sesiapapun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutusNya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorangpun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memujiNya) dijanjikannya syurga" - [ rujuk Sahih Bukhari (6846), Sahih Muslim (6846) ].

Konklusinya, cemburu itu tidak salah cuma kita perlu salurkan sifat cemburu itu pada tempatnya :)

6 comments:

Mujahid Muda said...

cemburu itu sifat lelaki..perempuan tak boleh cemburu..sebab laki ada 4kosong..~ Ustaz Azhar Idrus

setuju sangat..dgn entry ni..cemburu biar bertempat dan di tempat yang betul..

mujahidah_fillah said...

"cemburu itu sifat lelaki..perempuan tak boleh cemburu..sebab laki ada 4kosong..~ Ustaz Azhar Idrus"

memang betul dan ana xnafikan ia..bagi ana,perempuan pn perlu ada sifat cemburu cuma jangan cemburu buta tapi cemburu org yg beriman...

p/s: selesaikan yg satu dulu sebelum cari yg ke 2,ke 3 dan ke 4...andai kaum adam mampu memikul tanggungjawab, rasanya semua kaum hawa xmenghalangnya...

Anonymous said...

nice blog..

first nk kongsi berkenaan statement mujahid muda,sy mgakui bhawa kaum adam diberi keistimewaan tuk berkahwin melebihi dr satu"sebab laki ada 4 kosong" sebenarnya kaum adam yg soleh akan mendapat lebih dpda itu iaitu ketahuilah saudara,seorg lelaki yg beriman yg juga bergelar suami sbenarnya sentiasa diperhati oleh sang pemilik"huurun 'iyn" yg bermaksud pemilik mata jeli iaitu bidadari syurga..bertuahnya kaum adam yg sntsa dilihat dan dipilih oleh bidadari syurga,malahan kaum adam yg beriman d sediakan 70org bidadari syurga(ada dicerita dlm hadis)..cuma mujahidah_fillah perlu tahu juga bhwa perempuan "kena" cemburu sebabnya seorg wanita itu kena trima knyataan bhwa dia sememangnya wanita hidup bermadu..jadi jika mahu terpilih jadi bidadari di sisi suami kelak hendaklah redha akn hakikat itu dan layanlah suami dgn layanan yg baik,serta persiapkn diri mjdi isteri yg solehah agar kamu dapat mnemani suamimu, jadi beruntunglah wanita tersebut jika suamimu yg di dunia dulu memilihmu mjadi penemannya di syurga..subhanallah

Mujahid Muda said...

setuju dengan statement mujahidan_fillah juga statement Anonymous..dua2 ana setuju dan ana raikan..cumanya ana sekadar memetik kata2 UAI..nak tgk respon mcm mane..

mujahidah_fillah : yup betul tu..jika dengan satu itu pun belum settle, bagaimana dengan 2,3,dan 4..dan kalau satu itu sudah cukup membahagiakan diri dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri apa salahnya tetap satu..

Anonymous : subhanallah..hebat anonymous berkata-kata..orangnya juga pasti hebat..

cemburu-cemburu juga ya wahai adam dan hawa tapi jangan sampai ke tahap nafsu diutamakan iman diketepikan..sama-sama bermuhasabah ^_^

mujahidah_fillah said...

alhamdulillah, semuanya komen2 yang bernas...

InsyaAllah...sama2 kita muhasabah diri...dan doakan yang terbaik buat semua...moga perasaan cemburu itu bukan menjadi penghalang untuk kita beribadah dan meraih cintaNya malah menjadi asbab utk kita terus mengejar saham akhirat...insyaAllah.

"jadikan perasaan cemburu itu sebagai hambatan untuk kita jadi lebih baik",syeikh ibnuwalidaini

nurul iman said...

kalo saya tercemburu. @ nk sesuatu xdpt. sy akn pjuk diri saya. syurga tu lagi baik lah! :?")
cinta. saya xsuka type prove u r not robot.. lambat.. buang la..:p

:: Halwa Telinga ::