Photobucket

18 June 2010

:: Kenangan ::



alhamdulillah..masih dipanjangkan umur.syukur ke hadratMu ya ALLAH..hari ni dah pun 6 haribulan Rejab..cepat betul masa berlalu.tadi baru lepas makan bersama family..hari isnin lepas,akhirnye berpeluang jugak ziarah cikgu kesayangan ana sejak form 3.boleh dikatakan,lepas belajar dengan beliau lah ana minat bahasa melayu..huhu.cikgu Norizan..cikgu yang sangat baik & 'sporting' ngan pelajar dia..sampai sekarang x lost contact ngan cikgu.kalau ada masalah pape, ana akan call cikgu n mintak pendapat dengan dia..selain umi,cikgu boleh dikatakan macam ibu yang kedua..huhu.insyaALLAH,ana akan sentiasa ingat cikgu n x akan lupakan jasa cikgu selama ni..

yang tu cikgu sekolah menengah.kalau sekolah rendah dulu,cikgu yang paling ana rapat,cikgu Haminah..ana pun dah x ingat macam mana ana rapat dengan cikgu Haminah.mungkin sebab selalu kena marah ngan cikgu masa sekolah dulu.huhu..beliau guru kelas darjah 2.dan sepanjang sekolah rendah dulu,result exam masa darjah 2 la yang paling teruk kot..pernah dapat nombor 20 lebih dalam kelas.banyak main2.hehe..tapi lepas tu dah insaf agaknye masa naik darjah 3.

dan lepas darjah 3 jugaklah hidup ana mula berubah..mula2 sedih jugak sebab terpaksa berpisah dengan kawan2 baik..madiihah,nabilah,fatimah,nazli..(kawan2 yang x pernah luput dari ingatan..insyaALLAH)tapi lepas tu xpe dah.

terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang telah ana tempuh sepanjang hidup di bumi yang hanya pinjaman ini..melalui kenangan,pengalaman inilah,diri ini makin matang dalam menempuh hari yang mendatang.walaupun kadang2 masih kebudak-budakan,tapi ana cuba untuk jadi matang dalam memilih dan membuat keputusan..semoga ALLAH memberkati apa yang telah ana lakukan dan hidup ini memberi manfaat kepada orang lain,jauh sekali ingin menyusahkan sesiapa..

No comments:

:: Halwa Telinga ::