Photobucket

03 February 2011

Memori Zaman Hingusan ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi nikmat iman dan Islam dan masih lagi dipanjangkan umur untuk menghirup oksigen pinjamanNya..alhamdulillah..selawat dan salam juga buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..kekasih kita yang dicintai.

Sudah lama rasanya tidak meng'update' blog ini..tapi rasanya masih belum bersawang lagi kan?huhu..masa begitu mencemburui...cuma sempat membuka nak melihat post-post terbaru sahabat-sahabat pena.alhamdulillah,malam ini mencuri sedikit masa yang ada sambil-sambil mencari journal yang perlu di hantar minggu hadapan.huhu ^_^

alhamdulillah, petang tadi ana diberi kesempatan dan kelapangan oleh yang Esa untuk berjumpa buat kali terakhir dengan sahabat2 ana,teman sepermainan di zaman sekolah rendah dahulu iaitu Anis dan Zaki sebelum mereka berangkat meninggalkan bumi Malaysia untuk berjuang di medan ilmu di New Zealand pada
 14 Feb nanti.


Pertemuan yang agak singkat di rumah Anis (ada kenduri kecil-kecilan) pada petang tadi sangat bermakna kerana di sana kami dapat berkumpul kembali dan mencoret kisah masing-masing di ruang layar ingatan walaupun tidak ramai yang datang...hanya Anis,Zaki,Aiman,Ya dan Ana..
{Ha datang lewat,tak sempat nak jumpa =( }
tapi alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana kami masih dapat berkumpul lagi,mengeratkan ukhuwah yang terjalin selama ini.

sudah lama tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat ana tersebut terutamanya si budak PTS (kawan ana sejak darjah satu lagi) tapi alhamdulillah,tak pernah lost contact dengan satu-satunya my best friend since year 1 kat SID (paling tak pun,wish birthday sekali setahun..huhu).hampir 6 or 8 tahun rasanya kami tak jumpa.

Walaupun pertemuan agak singkat tadi, tapi still sempat berceloteh bermacam-macam cerita..dari zaman sekolah (main sorok-sorok kat library..huhu) sampaila life study sekarang and our plan in future (termasuklah hal kawin sekali..;)).tapi itu semua adalah kenangan yang sangat berharga dan terlalu indah(lucu pun ada..:D) dan tak mungkin dilupakan.Terlalu banyak kisah yang kita kongsikan bersama semasa zaman hingusan dulu(zaman tak matured..tapi sekarang dah matured ke?huhu ^_^)

semoga ukhuwah yang terjalin kekal ke syurga dan dalam rahmat kasih sayangNya..amin.
uhibbukum lillah 

    

BeRtEmU dAn BeRpIsAh KiTa kErAnA ALLAH
iNsYaALLAH..


p/s: jaga diri elok-elok diperantauan..insyaAllah,kalau dipanjangkan umur,kita akan berjumpa lagi nanti..semoga Allah permudahkan segala urusan sahabat-sahabat semua dan semoga berjaya di dunia dan akhirat..amin.

_bElAjArLaH kErAnA ALLAH_
MuLaKan SeTiAp PeKeRjAaN KiTa
DeNgAn nIaT LILLAHI TA'ALA
\\(^_^)//

No comments:

:: Halwa Telinga ::