06 February 2011

:: Buah sabar itu manis ::


" Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." 
[Al-Baqarah : 153]

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi nikmat iman dan Islam, nikmat yang terbesar bagi seorang hamba ciptaan Yang Esa. Selawat dan salam juga buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..kekasih kita yang dicintai.

Pada pagi yang ceria penuh barokah ini, ana ingin berkongsi sedikit pengisian rohani, (makanan buat hati) sekaligus mengupdate blog ni atas permintaan ukhtiku sayang, adik afiqah..huhu. Semoga ianya memberi manfaat bersama dan semoga Allah redha setiap patah perkataan yang ana coretkan nanti...amin. 

Buah SABAR itu MANIS. Ada ke buah sabar? boleh makan ke buah sabar ni? sebab ana kata ianya maniskan..huhu. Maksud ana manis itu bukan kita makan ye. Manis itu hanya kita boleh rasa bila kita memperoleh nikmat kesabaran itu. Tak percaya? cubala buat..huhu. rasa manisnya hanya orang benar-benar peroleh kesabaran tu yang dapat gambarkan. lebih manis dari buah orange kot.huhu
(sekarangkan musim buah orange banyak = tahun baru cina ;))

setiap kali ana ditimpa masalah atau ujian, sahabat ana selalu akan ingatkan ana
 ''Buah sabar itu manis " dan "Allah sayang orang yang sabar dan Allah selalu bersama orang-orang yang sabar. mengadulah pada Dia bilamana kita rasa lemah dan tidak berdaya untuk menempuh ujian dariNya kerana Dia maha mendengar lagi maha pengasih dan penyayang malah setiap ujian itu adalah tanda kasih sayangNya pada hambaNya agar hambaNya tidak alpa dan terleka dengan nikmat dunia
 yang hanya sementara." 


Subhanallah..maha suci Allah. Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya sahabatku sekalian, sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

"Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" 
(QS. 2:216) 

setiap yang berlaku dalam kehidupan kita seharian, ada manis dan pahitnya. sebagai hambanya,kita perlu hadapinya dengan kesabaran dan jangan cepat gopoh dalam menilai sesuatu.kerana ujian itu ada dua.ujian kesenangan dan ujian kesusahan. setiap ujian itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

namun,kita kadang2 alpa dengan ujian kesenangan. selalunya, ujian kita akan kaitankan dengan kesusahan atau masalah sahaja sedangkan ujian kesenangan adalah paling sukar kita nak tempuhi.Kita selalunya akan ingat Allah bila ditimpa musibah sedangkan waktu kita senang.kita kadang-kadang lupa pada Pencipta yang Agung... astaghfirullahal'azim...dari situ kita kena muhasabah diri kembali (pesanan buat diri ini juga).semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan tersebut...amin.


Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
( Ali-`Imraan:186 )

Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.
(Ali-`Imraan:146 )

Terdapat banyak firman Allah di dalam kitabullah yang menyatakan betapa Allah itu menyukai hambaNya yang bersabar. Subhanallah.Sabar itu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya sehinggakan ada hadis yang menyebut bahawa tidak ada anugerah yang lebih besar yang diterima oleh seorang hamba daripada sifat sabar.Walaupun ianya merupakan anugerah dariNya, kita sebagai hambaNya perlulah berusaha untuk mencapainya.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : 
"..barang siapa yang menyabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar.."
(Hadis riwayat Bukhari)


Justeru itu, sama-samalah kita mengejar dan berusaha untuk bersabar dalam setiap apa yang kita kerjakan. Jadikan kisah-kisah para anbiya' sebagai pengajaran dan renungan. Sebagai contohnya, kisah Nabi Ayub a.s. yang begitu mempamerkan sifat kesabaran yang Allah kurniakan padanya. sama-samalah kita menjadi seorang muslim yang kuat pada jalan ALLAH,yang tidak gentar pada halangan dan ujian yang hadir kerana :

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."
( Al-Baqarah:286  )

" Orang yang kuat bukanlah yang pandai bertempur, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika marah. "
( Hadis Riwayat Bukhari )


pintaku padaMu ya Rabb :


Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.
amin...

5 comments:

Afiqah Inani Mohd Haslin said...

assalamualaikum, kak ana..
syukran, ukht! pengisisan yg sgt2 bermanfaat. smoga kak ana sntiase kuat & sabar di jalanNya. hidup tanpa ujian kurg mnarik. jd jom same2 mantopkan diri kite dgn sabar. Allah slalu ada untk kite.. {^__^}

mujahidah_fillah said...

wa'alaikumussalam..
insyaAllah..amin.
syukran atas doanya =)

semoga Allah redha dalam setiap apa yg kita lakukan dan smga Allah tingkatkan lagi tahap keimanan dana kesabaran kita semua..amin. ^_^

Cintaku Hanya Pada Mu... said...

Assalamualaikum ana...
pengisian yg bgs..tahniah2..sy suka baca.. :D

mujahidah_fillah said...

wa'alaikumussalam..
alhamdulillah..perkongsian yg ilhamnya datang dariNya..
smga memberi manfaat bersama.. =)

nor badrul said...

perkongsian yg menarik dan cukup bermanfaat..insya Allah, pesanan dan peringatan yg baik untk insan yg kerdil dan lemah ini..moga terus istiqamah dalam bidang penulisan dakwah ini..jom, sama2 kita mengejar kebaikan dalam meraih kasih sayang Allah SWT..

:: Halwa Telinga ::