Bismillahirrahmaanirrahiim.. [buat sahabat saya]
Hatiku tercalar lagi, setelah sekian lama kau menjalin hubungan persahabatan ini. Gurisan-gurisan luka ini hanya Allah yang tahu.. tak sangka hatimu begitu cepat berubah. Engkau selalu mendamba manusia yang paling sempurna dalam hidupmu. Penat aku menunggu, menanti, setia padamu wahai teman.
Air mata berderai atas pipi, terduduk aku di tepi tangga memandangmu dari dalam hati. Alhamdulillah satu tangan lembut menyapaku dari belakang. Hatiku terusik dengan belaian pujuk rayu sahabat yang mampu menerima aku seadanya. Sungguh aku kagum dengan ketabahannya yang sabar atas tiap kerenahmu yang suka memberontak meskipun atas hal yang sangat kecil, belum lagi tiba saat peperangan seumpama bumi Palestin.
Dengarlah rintihan hatiku ini. Jauh di sudut hatiku, aku begitu menyayangimu. Sahabat, adakah kau mengira dunia ini hanyalah tempat untuk membuat amar ma’ruf sahaja sehingga engkau melupakan nahi mungkar?
Acap kali engkau menasihat manusia supaya jangan membenci manusia, lalu apakah engkau melupakan kata-katamu itu? Ingat sahabatku! Setiap yang diperkatakanmu bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Terkenangku pada salah satu kisah. Di mana pada hari akhirat nanti, para ulama dikumpulkan. Lalu, diperlihatkan amalannya yang setinggi gunung emas. Tiba-tiba gunung emas itu runtuh menjadi abu. Terkejut, sungguh hatiku tergamam pabila membaca kisah ini.
Rupa-rupanya gunung emas itu runtuh menjadi debu kerana ULAMA DUNIA tersebut. Wahai ulama dunia, untuk apakah amalan yang engkau lakukan. Kalau harta yang digali, ketahuilah harta itu akan musnah ditelan bumi jua akhirnya. Jika pangkat yang didamba, ketahuilah pangkat itu sebentar cuma, pabila engkau mati, lalu hanya tinggal nama, bahkan malaikat tidak memandang tinggi pun pangkat yang engkau megah-megahkan itu.
Wahai sahabat, aku berkata tulus dari hati kecilku.. tolonglah sahabatku, belajarlah untuk menerima sahabatmu seadanya, bukan menaruh sejuta prasangka mahupun meletak selaut harapan bahawa sahabatmu ini adalah yang paling sempurna dalam hidupmu.
Pun begitu, jika begitu sikapmu, ketahuilah! Engkau tak mungkin dapat ubah dunia ini menjadi tanah yang subur dengan kasih sayang kerana ENGKAULAH yang MESTI menjadi pendetaknya.. setiap tingkah lakumu bagai duri yang menusuk dalam darah daging umat Islam sendiri.
Namun sahabatku, aku akan tetap menantimu sehingga ke akhir hayatku, insyaAllah dan aku berharap Allah mengetuk pintu hati kita bersama agar tiada hijab yang memisahkan hati-hati ini daripada bersatu.. amiin..
Duhai sahabat, aku akan senantiasa menunggu sedetik perubahan dalam dirimu kerana aku begitu menyayagimu.
Dan buat sahabat-sahabat di luar sana, janganlah menyimpan high expectations pada sahabat2 yang sedia bermukim di hati sekarang. Jagalah ukhuwah yang mekar bak bunga. Setiap hari aku melalu rimbunan pepohon subur, kuntuman2 bunga, aku sentiasa berdoa agar Allah menjadikan hati kita berbunga riang sepanjang masa dan tidak sesekali layu sehingga ke pintu jannah insyaAllah, amiin..
Ya Allah, terima kasih atas manik2 mutiara yang Kau hadiahkan. Aku benar2 merindui saat2 ceria bersama-sama teman2ku seperti dahulu jua saat bersama-Mu.. Syukran jazeelan ya Allah..
*TULUS DARIPADA SAHABATMU*
buat sahabat saya yang dahulunya dan selamanya kan bertakhta di hati ini, insyaAllah
Wallahu a'alam..
*kiriman emel dari seorang sahabat yg dirindui..
moga Allah redha dirimu selalu ukhtiku..amin.
No comments:
Post a Comment