Suatu ketika di Mesir, terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid. Tugasnya mengumandangkan azan apabila masuk waktu solat. Dia sangat taat kepada Allah s.w.t dan selalu beribadah. Setiap kali masuk waktu solat, dia ke menara untuk mengumandangkan azan.
Di bawah menara tersebut, terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama Kristian. Suatu hari, dengan tidak sengaja lelaki tersebut menoleh lalu terlihat olehnya seorang gadis cantik di dalam rumah itu. Dia tertarik dengan gadis itu lantas turun, tanpa mengumandangkan azan seperti biasa, demi menemui gadis itu.
Setelah berhadapan dengannya, gadis itu bertanya:
“Apa yang kau mahukan sehingga datang ke rumahku?”
Jawab lelaki itu: “Aku inginkan kamu.”
“Kenapa kau suka kepadaku?”
“Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh hati kepadamu”
“Aku tidak boleh bersama denganmu kerana perbezaan agama dan tidak mungkin itu akan berlaku,” balas gadis itu.
“Tidak, aku tidak peduli. Aku ingin menikah denganmu.”
“Tetapi aku seorang Kristian dan kau beragama Islam. Sudah pasti ayahku tidak mengizinkanku untuk bernikah denganmu.”
“Jika demikian, aku rela memeluk agamamu.”
“Baiklah, jika itu kemahuanmu, aku bersedia untuk bernikah denganmu.”
Akhirnya, lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut. Dia kemudian tinggal bersama gadis pilihannya. Tetapi malang, umurnya tidak panjang. Ketika dia berjalan di lantai rumahnya, dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya.
Begitulah, matinya dengan sia-sia kerana belum sempat menikmati kehidupan bersama perempuan idamannya itu. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan yang sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi.
perkongsian dari:Dr.Cinta
No comments:
Post a Comment