ALLAH DALAM ‘AQIDAH ISLAMIAH
Oleh: AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA
PENGERTIAN AQIDAH:
ü Aqidah berasal daripada perkataan Arab (عقد) yang bermaksud ikatan atau simpulan.
ü Kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak mungkin bercerai atau terurai.
ü Aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengan penciptaNya.
CIRI-CIRI AQIDAH:
•Ma’rifatullah (Mengenali Allah)
•Ma’rifaturrasul (Mengenali Rasul)
•Ma’rifatul ba’thi (Mengenali Hari Kebangkitan)
•Ma'rifatul sam'iat (Mngenali Perkara Ghaib)
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Telah ku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu sekali-kali tidak akan sesat
selama kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu: Kitabullah dan Sunnah RasulNya
s.a.w.
UNSUR-UNSUR AQIDAH ISLAMIAH:
1. Beri’tiqad dengan kewujudan Allah dan Allah s.w.t. bersifat dengan
sifat-sifat kesempurnaan (Al-Kamal).
Firman Allah S.W.T:
Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Raja, Yang Maha Quddus. Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dan apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyaj Naina-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha BUaksana.
( Al-Hasyr: 22-24 )
2. Menafikan sifat-sifat keserupaan (Al-Musyabahah) dan sifat kekurangan daripada
Tuhan Pencipta (Al-Khaliq) s.w.t.
Firman Allah S.W.T:
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikannya kamu berkembang biak dengun jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Asy-Syura: 11)
3. Aqidah Islamiah sama sekali tidak menyentuh tentang hakikat dan keadaan zat dan
sifat-sifat Allah s.w.t.. Islam tidak memaksa atau memberatkan manusia untuk mencapai sesuatu
yang tidak mampu ditanggap oleh akal dan kefahaman manusia.
Firman Allah S.W.T:
(Yang memiliki sifat-sfat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan melainkan Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang maha Halus lagi Maha
Mengetahui.
(Al-An’am: 102 -103)
Hadis:
Fikirkanlah tentang keadaan makhluk Allah, tetapi jangan kamu memikirkan tentang zat
Allah, nanti kamu akan binasa.
4. Aqidah Islamiah menggariskan jalan ke arah mengenal sifat-sifat Al-Khaliq dan mengetahui sifat-sifat kesempurnaan ketuhanan, keistimewaan dan kesannya.
Firman Allah S.W.T:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dan langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
(Al-Baqarah: 164)
5. Aqidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Allah S.W.T.
sehingga manusia memperoleh jenis ma’rifat rohaniah yang paling manis
dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis ma’rifat semuanya.
Firman Allah S.W.T.:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra’d: 28)
6. Aqidah Islamiah menuntut orang-orang Mu’min supaya kesan-kesan daripada
unsur-unsur aqidah ini dijelma atau dimanifestasikan dalam tuturkata
dan segala perbuatan mereka.
Firman Allah S.W.T:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah, takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarbenarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta rezeki yang mulia.
(Al-Anfal: 2-4)
SALAH FAHAM TENTANG AQIDAH ISLAMIYAH:
• Akidah ketuhanan pada pandangan Atheis
1. Bagi mereka yang tidak mempercayai Allah, mereka menganggap asas
Aqidah Ketuhanan sebagai kelemahan dan mempelajarinya-tidak berguna.
Aqidah Ketuhanan sebagai kelemahan dan mempelajarinya-tidak berguna.
Mereka lebih takut apa yang lebih kuat daripada
mereka dan suka benda berfaedah .
mereka dan suka benda berfaedah .
Cth: sembah matahari.
2. Semasa Rasul-rasul menyebarkan Islam dan memperkenalkan aqidah Islam,
hanya mereka yang tidak pandai dan golongan hamba yang percaya
sebaliknya mereka yang pandai hanya percaya sesuatu perkara
mengikut logik akal fikiran sahaja.
3. Matlamat golongan yang tidak percayakan Tuhan-memerangi dan
membasmi aqidah-aqidah kepercayaan umat Islam.
4. Golongan yang tidak bertuhan mengatakan fitrah manusia sebagai waham(ilusi)
dan khayalan semata(tetapi tidak ada dalil yang menguatkan).
5. Ketinggian jiwa dan rohani hanya mampu dicapai bila manusia mengenal Allah.
(Ar-Rum: 30-32)
6. Fitrah merupakan dalil pertama kewujudan Allah S.W.T. dan kebesarannya.
7. Aqidah kepercayaan kepada Allah adalah fitrah semula jadi dalam diri manusia.
(Al-A’raf:172)
8. Rasul-rasul dan kitab-kitab diturunkan untuk memimpin manusia dan dijadikan panduan.
9. Dalil kebenaran aqidah:
ü Makhluk yang berlainan sifat dan tabiat-ada undang-undang dan peraturan tertentu.
ü Keseimbangan dan keselarasan semua ciptaan Allah (Al-Mulk:3)
10. Ilmu sains tentang alam - hampir untuk ma’rifatullah
(lebih mengenali Allah)
(lebih mengenali Allah)
11. Akal dan pemikiran manusia adalah terbatas - semakin bertambah ilmu,
semakin kita tidak tahu mengenai sesuatu yang kita tahu.
(Al-Isra’:58)
12. Hati yang bersih pasti dapat merasai hakikat kelazatan iman dengan Allah.
13. Kerosakan/perkara yang tidak baik tidak akan berlaku melainkan
manusia meninggalkan aqidah ketuhanan. Jadi tuduhan
bahawa aqidah ketuhanan membawa
manusia meninggalkan aqidah ketuhanan. Jadi tuduhan
bahawa aqidah ketuhanan membawa
kesan negative adalah tuduhan yang tidak berasas.
14. Apabila iman itu lenyap, lenyaplah segala kelebihan (sifat penyayang,
perikemanusiaan, belas kasihan, tolong-menolong dan taqwa)
perikemanusiaan, belas kasihan, tolong-menolong dan taqwa)
15. Revolusi yang paling besar-tamadun yang terbina atas dasar dan prinsip yang
dibawa oleh para Anbiya’ (Iman kepada Allah).
16. Beriman dengan qada’ dan qadar Allah-mendorong kepada malas dan pemalu
adalah tuduhan yang tidak berasas kerana orang
Mu’min disuruh beriman kepada aqibah dan natijah sesuatu peristiwa,
bukannya sebab-sebab peristiwa.
adalah tuduhan yang tidak berasas kerana orang
Mu’min disuruh beriman kepada aqibah dan natijah sesuatu peristiwa,
bukannya sebab-sebab peristiwa.
17. Hakikatnya, aqidah atau percaya kepada qada’ dan qadar merupakan
rahsia keagungan umat Islam di peringkat awal dahulu.
rahsia keagungan umat Islam di peringkat awal dahulu.
18. Kesimpulannya, ubat penawar bagi merawat keadaan sekarang adalah
dengan kembali hidup di bawah naungan
aqidah dan iman kepada Allah.
dengan kembali hidup di bawah naungan
aqidah dan iman kepada Allah.
AQIDAH KETUHANAN YANG SALAH DALAM KALANGAN
UMAT-UMAT MANUSIA/AKIDAH TERPESONG:
v Kaum Nabi Nuh
•Namun, mereka lupa tujuan asal sebagai kenang-kenangan atas
jasa orang-orang tersebut.
•Nabi Nuh dibangkitkan untuk mengembalikan mereka kepada menyembah Allah
-tetapi mereka tidak hiraukan seruannya.
•Umat Nabi Nuh menyembah berhala
v Umat Nabi Ibrahim
· Mereka menyembah berhala, patung-patung, menyembah planet-planet dan bintang-bintang, matahari, bulan, malah juga manusia.
· Nabi Ibrahim gigih menyeru kaumnya kepada aqidah tauhid-yang mengesakan Allah, mengajak ke arah kebenaran dan menyampaikan kepada orang ramai.
· Namun mereka tidak terima malah mengadakan tipu muslihat-membakarnya di dalam api.
· Walaubagaimanapun, Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim. Ia berfirman kepada api yang mereka sediakan itu supaya menjadi sejuk (Al-Anbiya’:69).
· Di dalam Al-Quran, terdapat 25 surah yang menceritakan hujah Nabi Ibrahim dengan kaumnya tentang penyembahan berhala, bintang-bintang dan menuhankan manusia.
ü penyembahan berhala- surah Al-Anbiya’:51-71
ü penyembahan binatang- surah Al-An’am:75-83
ü perdebatan dengan Namrud yang mengaku menjadi tuhan – surah Al-Baqarah:258
ü dialog dan seruan terhadap ayahnya (dengan cara yang lemah lembut, tetapi tegas dan tidak sekali-kali bertolak ansur)
-surah Maryam: 41-50, Al-Mumtahanah: 4, At-Taubah: 114, Al-Ankabut: 25
· Allah menerangkan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim ialah agama hanif(yang lurus dan bersih)- surah An-Nahl: 120-121
· Nabi Ibrahim dianggap sebagai bapa bagi orang-orang Islam- surah Al-Hajj:78
· Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membina kembali Ka’abah dan meninggikan tapak asas Baitillah-jadi lambing perasaan manusia,kesatuan ummah, keamanan dan ketakutan dan rasa gundah gulana.
· Harapan Nabi Ibrahim- menjadikan Islam sebagai obor bagi keturunannya dan peninggalannya yang abadi untuk cucu-cicitnya- surah Ibrahim: 35, Az-Zukhruf : 28
v Kaum Nabi Musa
· Al-Quran membentangkan tentang risalah Nabi Musa kepada Bani Israil dan bangsa Mesir
· Bangsa Mesir – bangsa yang telah mencapai kemajuan dan tamadun yang tinggi dari segi ilmu pengetahuan, petunjuk dan cahaya.
· Agama asal bangsa Mesir – Agama tauhid
· Oleh kerana adanya pembaharuan keagamaan – agama tauhid itu tidak asli lagi, bertukar jadi agama menyembah berhala dan lain-lain.
· Penyelewengan ini kemudian berjangkit kepada Bani Israil.
· Kisah Nabi Musa adalah paling banyak disebut di dalam surah-surah Al-Quran.
ü Dakwaan Fir’aun sebagai tuhan kepada kaumnya-An-Nazi’at:22-26
ü Perdebatan antara Nabi Musa dengan Fir’aun- Asy-Syu’ara’:23-51
· Tugas penting Nabi Musa – memerangi penyembahan berhala dan menegapkan kedudukan politik (membebaskan Bani Israil)
v Kaum Nabi Ilyas
•Mereka menyembah berhala yang dipanggil ‘‘Ba’al’’,tidak menyembah Allah.
•Nabi Ilyas menyeru mereka supaya menyembah Allah dan melarang mereka menyembah berhala itu
– surah As-Safaat:123-128
•Kaum Nabi Ilyas adalah cabang daripada Bani Israil. Nabi Ilyas adalah seorang Rasul Bani Israil yang diutuskan selepas Nabi Musa a.s.
v Penyembahan Berhala Di Tanah Arab
· Orang yang pertama mengubah agama Nabi Ismail a.s. ialah ‘Amr bin Rabi’ah bin Lahy Abu Khuza’ah
· Dia membawa pulang sebuah patung dari Balqa’ dan diletakkan di samping Ka’abah.
· Berhala-berhala yang disembah oleh bangsa Arab dan qabilahnya sangatlah banyak-sebahagiannya diperbuat daripada batu, kayu, pohon kayu, atau buah tamar.
· Antara berhala-berhala tersebut ialah :
ü Manat
ü Al-Lata
ü Al-Uzza
•Bangsa Arab menyembah berhala, patung atau batu-bermula dari orang-orang yang berpindah dari Mekkah
•Bawa balik batu sebagai tanda menghormati, memuliakan dan rindu kepada Mekkah -letak di tempat tinggal dan tawaf mengelilinginya
•Namun masih mengerjakan haji dan umrah di Mekkah, tetapi kemudiannya menyeleweng dan lupa kepada ajaran sebenar
•Agama Nabi Ibrahim dan Ismail telah bertukar dengan agama lain-mereka mula sembah berhala
•Mereka ambil penyembahan kaum Nabi Nuh dan masih amalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Ismail-memuliakan Baitillah dan tawaf mengelilinginya
PENGERTIAN SYIRIK:
Syirik iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Umumnya menyekutukan dalam Uluhiyyah Allah, iaitu hal-hal yang merupakan kekhususan bagi Allah, seperti berdo'a kepada selain Allah disamping berdo'a kepada Allah, atau memalingkan suatu bentuk ibadah seperti menyembelih (kurban), bernadzar, berdo'a dan sebagainya kepada selainNya.
PEMBAHAGIAN SYIRIK:
1. Syirik Besar
ü Syirik besar boleh mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan menjadikannya kekal di dalam Neraka, jika ia meninggal dunia dan belum bertaubat daripadanya.
ü Syirik besar adalah memalingkan sesuatu bentuk ibadah kepada selain Allah, seperti berdo'a kepada selain Allah atau mendekatkan diri kepadanya dengan penyembelihan kurban atau nadzar untuk selain Allah, baik untuk kuburan, jin atau syaitan, atau mengharap sesuatu selain Allah, yang tidak kuasa memberikan manfaat maupun mudharat.
ü Terdapat empat jenis Syirik Besar
· Syirik Do'a, yaitu di samping dia berdo'a kepada Allah SWT, ia juga berdo'a kepada selainNya.
· Syirik Niat, Keinginan dan Tujuan, iaitu ia menunjukkan suatu ibadah untuk selain Allah SWT
· Syirik Ketaatan, iaitu mentaati kepada selain Allah dalam hal maksiat kepada Allah
· Syirik Mahabbah (Kecintaan), iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal kecintaan.
2. Syirik Kecil
ü Syirik kecil tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, tetapi ia mengurangi tauhid dan merupakan wasilah (perantara) kepada syirik besar.
ü Terdapat dua jenis Syirik Kecil.
· Syirik Zhahir (Nyata), iaitu syirik kecil yang dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Dalam bentuk ucapan misalnya, bersumpah dengan nama selain Allah.
· Syirik Khafi (Tersembunyi), iaitu syirik dalam hal keinginan dan niat, seperti riya' (ingin dipuji orang) dan sum'ah (ingin didengar orang) dan lainnya.
ü Jadi dosa syirik ini mesti bertaubat dan jka tidak bertaubat maka Allah SWTt tidak sekali2 akan memberikan keampunan kepada pelakunya.
AQIDAH VS IDEOLOGI:
Islam | Idealogi |
Sumber (al-quran, sunnah,ijma’ ulama, qias, sirah) | Sumber otak |
Sesuai sepanjang zaman | Bersifat semasa |
wahyu | idea |
Dunia akhirat | Dunia sahaja |
Tidak bertukar kerana peredaran zaman | Memberi kesan yang merbahaya kepada manusia sama ada disedari atau tidak. Banyak kekurangan dan kelemahan. Tidak mampu menjadi penyelamat umat. Mencetuskan pergaduhan dalam kalangan manusia. |
KESIMPULAN:
Berdasarkan pandangan Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, aqidah Islamiah ini bukan sekadar ilmu atau pengetahuan yang perlu di hadam, di hayati dan di fahami serta di pelajari oleh umat Islam namun ianya perlulah diterjemahkan di dalam kehidupan kita seharian melalui amal perbuatan kita. Setiap benih yang kita tanam perlulah menghasilkan buah yang akhirnya dapat kita tuai dan peroleh hasil darinya kelak, bukannya hanya sekadar menjadi hiasan indah pada pendangan mata semata-mata.
No comments:
Post a Comment