Photobucket

26 January 2011

Angka 20??

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi nikmat iman dan Islam dan masih lagi dipanjangkan umur untuk menghirup oksigen pinjamanNya..alhamdulillah..selawat dan salam juga buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..kekasih kita yang dicintai.


Cepatnya masa berlalu..setiap saat ia pergi meninggalkan kita.Tanpa kita sedar, setiap saat itu jugalah umur kita meningkat.Subhanallah...Pejam celik, pejam celik semalam genaplah umur ana yang ke-20.Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diber nikmat usia sehingga saat ini...mungkin saja selepas ini diri ini akan dijemput menemui pencipta yang Agung..


ya Allah, rasanya diri ini masih tidak layak berjumpa denganMu..masih terlalu sedikit amalanku ya Allah...panjangkanlah umurku beribadah kepadaMu..amin.

Terima kasih yang tidak terhingga ana tujukan buat umi dan abah yang telah melahirkan dan membesarkan ana serta memberi didikan agama yang tidak putus buat anakanda mereka ini sebagai bekalan di sana kelak..tidak terbatas segala jasa mereka...terharu bila mana ana membaca mesej dari umi dan adik-adik ana yang disayangi mengucapkan kata selamat ulang tahun serta doa-doa yang tulus buat ana semalam..

Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat ana yang disayangi, syukran,thank you dan terima kasih ana ucapkan atas segala doa dan ucapan dari sahabat-sahabat semua terutamanya sahabat-sahabat baik ana dan sahabat ana sepermainan dulu yang tidak pernah miss untuk ucapkan selamat hari lahir buat diri ini...serta classmate ana yang meraikan majlis tersebut bersama kawan-kawan yang lahir bulan Januari sebelum ini..terima kasih ana ucapkan.Hanya Allah yang mampu membalasNya.



semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya serta mendapat redha Allah..amin...

sedikit perkongsian daripada sahabat ana semasa pengisian di surau semalam,
Tips Panjang Umur : selalu mendoakan umat Islam yang telah kembali kepada Allah dikurangkan azab seksaan kerana mereka akan mendoakan agar kita dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur kita sentiasa kelapangan dan terus mendoakan mereka di sana...subhanallah..sebaik-baik doa adalah doa untuk orang lain dan doa kita adalah sia-sia andai hanya mendoakan diri sendiri.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.
Amin ya Rabb...


p/s : smga setiap detik waktu bertambahnya umur kita disusuli dgn bertambahnya amalan bekalan buat hari yg kekal abadi kelak..amin =)

5 comments:

Cintaku Hanya Pada Mu... said...

selamat hari lahir ye ana....semoga panjang umur, berjaya d dunia & akhirat..AMIN..

mujahidah_fillah said...

amin..terima kasih..
ni afifah kan?mf klu terslp..
=)

|| A r a W a n i || said...

Salam..
selamat hari lahir ana..
Semoga dipermudahkan segala urusan...

amin.+0

mujahidah_fillah said...

amin..syukran ukhti..
^_^

Cintaku Hanya Pada Mu... said...

heheh..sama2....
nie afifah.. :D

:: Halwa Telinga ::