Photobucket

05 December 2010

Semua yang ditentukanNYA baik.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih mampu menghirup oksigen pinjamanNYA, melihat dan merenung indahnya ciptaanNYA...
subhanallah..Maha Suci Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap hikmah disebalik ciptaanNYA dan setiap ciptaanNya tidaklah sia-sia.

Hujan turun membasahi bumi yang gersang, menyegarkan tumbuh-tumbuhan menghijau di sekeliling kita. Alhamdulillah,nikmatNya yang terlalu  besar dan banyak  tidak terhingga dan terhitung jumlahnya dan kita tidak sesekali mampu membalasnya walaupun beribadah seribu tahun lamanya. Hanya dengan keredhaanNya, barulah kita mampu menghuni syurgaNya yang abadi. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang tahu bersyukur dan memperoleh redha Allah SWT.

Di sini ana ingin berkongsi sebuah kisah yang menarik yang boleh membawa kita sama-sama muhasabah diri bersama. Kisah ini tentang seorang menteri yang selalu menjawab 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu yang pernah dicerikan oleh Ibnu Taimiyah.


Suatu hari,menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang digunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong. Raja pun bertanya pada menterinya tentang kejadian itu.

"Baik, wahai raja."Jawab menteri itu tanpa keraguan.

"Apa? Kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.

"Ya,wahai raja.Itu baik." 

Raja sangat marah dengan jawapan itu. Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dipenjara. Kemudian raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya kepadanya,"Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri,masih mahu berada di dalam penjara seperti ini?" 

"Baik, wahai raja."Jawab menteri itu tanpa keraguan.
Mendengar jawapan itu, raja itu menjadi semakin marah dan segera meninggalkan menterinya sendirian di dalam penjara.

Beberapa hari kemudian, raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani menterinya yang lain. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana yang lain itu tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan raja sendiri akhirnya tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan itu.
Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ke tempat persembahan. Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuk raja terpotong, lalu mereka menjadi ragu-ragu untuk mengorbankan raja itu.
"Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita."Kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut.

"Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban."

 Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan yang gembira. Selang beberapa hari selepas peristiwa tersebut, raja teringat akan kata-kata menteri yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong. Dia segera ke penjara dan berkata kepada menteri itu,"Apa yang kamu katakan ketika jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik."

Lalu raja menceritakan  apa yang telah dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu tersenyum sambil berkata," Saya berada di dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya yang akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat."


Subhanallah..betapa indahnya percaturan Allah buat hambaNya. Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik, walaupun kita mungkin belum atau tidak mengetahui kebaikan yang ada di sebalik ketentuan itu.

1 comment:

Siti Nr Syahira ●̮̮̃• said...

Salam wbt. subhanallah..memng begitu kak..huhu

:: Halwa Telinga ::