Photobucket

06 July 2013

Pendidikan Anak-anak (1)


15 Kesilapan dalam mendidik anak-anak:
  1. Kurang berdoa semasa mengandung dan membesarkan anak-anak.
  2. Banyak memberi tarhib daripada targhib.
  3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
  4. Menegur secara negatif.
  5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda.
  6. Kurang memberi sentuhan pada semua anak-anak.
  7. Penampilan diri kurang anggun dan kurang kemas.
  8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
  9.  Kurang menghidupkan sunnah di rumah.
  10. Tidak menggantung rotan di rumah.
  11. Kurang memberi pendedahan kepada mereka tentang model cemerlang seperti 'ulama.
  12. Bertengkar di hadapan anak-anak.
  13. Kurang mengawasi rancangan yang ditonton di tv.
  14. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah.
  15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah.

22 June 2013

Penantian : Seismic

Penantian adalah satu ujian... 
tetapkanlah ku selalu dalam harapan... 
karena keimanan tak hanya diucapkan... 
adalah ketabahan menghadapi cobaan... 

sabarkanlah ku menanti pasangan hati... 
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini... 
di dalam asa diri menjemput berkahMu... 
tibalah izinMu atas harapan ini... 

Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini... 
Berikanlah cahaya terangmu selalu... 
Robbi doa dan upaya hambaMu ini..
Hanyalah bersandar semata kepadaMu...

sabarkanlah ku menanti pasangan hati... 
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini... 
di dalam asa diri menjemput berkahMu... 
tibalah izinMu atas harapan ini... 

Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini... 
Berikanlah cahaya terangmu selalu... 
Robbi segala upaya hambaMu ini...
hanyalah bersandar semata kepadaMu...

Robbi redhailah penantianku ini...
hadirkanlah ketenteraman di dalam hati...
Robbi hanya padamu ya doaku ini... 
Duhai tempat mengadu segala rasa diri..

17 May 2013

Pengalaman Cuti Semester 2011

Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan sehingga ke saat ni untuk terus bernafas dengan nikmat kurniaan yang Esa. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...hari ini sudah 22 hari dan merupakan malam ke 23 kita, umat Islam berpuasa. Alhamdulillah..Allah masih lagi panjangkan umur hingga ke saat ini dan diberi kesempatan merasai Ramadhan Kareem pada tahun ini...(Allahu Akram)...

Sudah lama terbiar blog ini. Walaupun ana sedang bercuti, tapi tidak berkesempatan untuk update entry terbaru. cuti semester yang hampir 4 bulan bakal berakhir tidak lama lagi...Ya Allah, begitu cepat rasanya masa berlalu meninggalkan kita..tapi alhamdulillah,cuti ini tidak terlalu kosong tanpa sebarang aktiviti. Bermula dengan Program Minggu Destini Siswa (PMDS), kemudian Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM), Baktisiswa ke Kemboja dan yang terakhir Lambaian Menara Gading (LAMEGA)... semuanya adalah antara program yang ana terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Alhamdulillah, banyak pengalaman membina yang ana dapat dari setiap program.

Pengalaman yang paling banyak ana dapat adalah semasa mengikuti program Baktisiswa Masyarakat Islam di Kemboja. Pengalaman pertama berpuasa di rantauan, jauh daripada keluarga sudah pernah dirasai sebelum ini cuma kali ini sedikit berbeza kerana pertama kali berpuasa dengan masyarakat Islam di Kemboja. Di sana, susah kita nak jumpa umat Islam di bandar besar seperti Phnom Phenh kerana majoriti masyarakat di Kemboja bukan beragama Islam. Hanya lebih kurang 3 peratus daripada 14 Juta penduduk di sana yang beragama Islam dan kebanyakkan mereka tinggal di kampung-kampung kecil.

Setibanya di Lapangan Terbang Phnom Penh, ketibaan kami disambut oleh pengarah Eazy Korban iaitu Ustaz Azhar bersama dengan pemandu pelancong iaitu En Mohd Rosdi. Setelah sampai, kami dibawa melawat ke sekitar Phnom Penh dan setelah itu chek in di hotel New york,Kemboja. Aktiviti diteruskan dengan taklimat program oleh Penasihat Program, Kapten Hj Ahmad bin Ismail dan seterusnya kami dibawa bersiar-siar di sekitar phnom penh dan juga dapat menikmati makan malam di tepi sungai mekong.

Pada hari kedua pula, kami dibawa oleh En Rosdi untuk melawat tempat bersejarah di kemboja iaitu Museum Toul Sleng. Museum ini merupakan bekas penjara di zaman Khmer Rouge yang merupakan pemerintah paling zalim ketika itu kerana banyak membunuh nyawa-nyawa orang yang tidak berdosa dengan kejam sekali. Apabila melihat gambar-gambar di museum tersebut ramai di antara mahasiswa menitiskan air mata kerana melihat kekejaman yang berlaku terhadap manusia yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak. Berada di museum tersebut menginsafkan kami para peserta dan kami berasa beruntung,bertuah dan bersyukur dapat dilahirkan dibumi Malaysia yang aman damai .



Setelah itu , kami melawat ke Killing Field iaitu tempat mangsa-mangsa di Zaman Khmer Rouge dibunuh. Disini, masih terdapat sisa-sisa peninggalan rangka-rangka manusia yang tidak berdosa dibunuh dengan zalim sekali. Apabila kami pergi melawat satu tempat ke satu tempat yang lain di killing field, masih kelihatan sisa-sisa serpihan baju-baju dan tulang-tulang manusia bersepah disana-sini. Kami juga dapat melihat tontonan semula video bagaimana manusia yang tidak berdosa diperlakukan tanpa wujudnya rasa sifat kemanusiaan.

Pada hari ketiga di kemboja, pada pukul 5.30 pagi waktu kemboja, kami melakukan aktiviti bersama penduduk di sekitar Phnom Penh melakukan senaman aerobik di hadapan istana raja dan juga bersebelahan dengan sungai mekong. Kelihatan ramai penduduk kemboja melakukan senaman pagi yang terdiri daripada bermacam-macam kumpulan senamrobik. Timbul kesedaran di hati kami bahawa penduduk di sini sebenarnya lebih mementingkan kesihatan berbanding masyarakat kita di Malaysia. Setelah selesai melakukan aktiviti, kami diberi kesempatan untuk menaiki Cyclo iaitu sejenis kenderaan seperti beca di Malaysia. Sebanyak 50 buah Cyclo tersedia menanti para peserta dan paling mengujakan kami apabila kami berlumba sesama sendiri menaiki Cyclo pulang ke semula ke hotel.

Setelah tibanya di hotel, kami bersarapan pagi dan bersiap-siap melakukan program baktisiswa di kampung Oosmait, Wilayah kampung Chenang. Perjalanan dari hotel ke Kampung Oosmait memakan masa selama 4 jam. Kami tiba di kampung Oosmait pada pukul 2.00 petang waktu kemboja. Setibanya di kampung itu, kelihatan dari jauh beberapa buah khemah didirikan bagi menyambut ketibaan kami dan juga ramai penduduk kampung turut berbaris bagi menyambut kedatangan kami. Kami sebagai peserta program berasa amat terharu kerana layanan penduduk Kampung Oosmait begitu baik sekali terhadap kami. Majlis diteruskan dengan perasmian program baktisiswa masyarakat kemboja yang telah disempurnakan oleh Menteri Kemboja.

Setelah majlis perasmian selesai, kami memulakan misi pertama kami iaitu mengajar kanak-kanak penduduk kampung osmait membaca, mengeja dan sebagainya. Sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran diadakan kami dapat merumuskan bahawa kanak-kanak masyarakat islam Kampung Oosmait amat berminat untuk belajar sesuatu dan mudah memahami sesuatu yang diajarkan.Walaupun kami berdepan dengan cabaran iaitu cabaran pertuturan bahasa tetapi allhamdulillah dengan bantuan translater iatitu saudari Halimah segala program pembelajaran dan misi kami tercapai.

Aktiviti Sukaneka bersama penduduk kampung berlangsung setelah program pembelajaran diadakan. Kanak-kanak kampung Oosmait begitu seronok dan teruja mencuba aktiviti yang kami jalankan. Beberapa acara seperti Bowling Padang, membawa Bola Ping Pong dalam sudu, Pecahkan Belon ,dan Bola Beracun diadakan. Keriangan terpancar diwajah mereka semua. Timbul kesedaran dihati kami sebagai peserta bahawa bertapa bertuahnya kanak-kanak Malaysia yang didedahkan pelbagai permainan dan barangan yang berjenama jika dibandingkan dengan masyarakat kemboja terutamanya penduduk islam di kampong Oosmait.

Setelah selesai aktiviti sukaneka, kami mengambil kesempatan membantu penduduk Kampong Osmait menyediakan juadah makan malam. Pengalaman yang paling bermakna bagi kami semua kerana berhadapan dengan penduduk kampong yang tidak memahami bahasa kami dan kami juga tidak memahami bahasa mereka umpama ayam dengan itik bertutur. Mujurlah ada beberapa orang penduduk kampong yang pandai berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan kami dan kami jadikan mereka sebagai rujukan sekiranya tidak memahami bahasa mereka. Selain itu , pengalaman yang paling mencabar bagi kami apabila memasak menggunakan dapur kayu. Kesudahannya, ramai diantara para peserta mengalirkan air mata disebabkan asap kayu.

Setelah selesai menyediakan juadah, giliran kami sebagai peserta baktisiswa melayan penduduk kampong makan malam. Terpancar kegembiraan diwajah mereka apabila dapat makan makanan yang sedap-sedap. Menurut salah seorang penduduk kampong yang hanya dikenali sebagai Fatimah, mereka dapat makan makanan yang sedap-sedap sewaktu orang Malaysia datang ke Kampung mereka sahaja dan juga sewaktu Hari Raya Aidiladha sahaja. Sekiranya hari biasa, kami dimaklumkan kebanyakkan penduduk kampong ini dapat menikmati makanan nasi sehari sekali bersama lauk sebiji telur yang dikongsi oleh beberapa ahli keluarga yang lain. Sebak dan pilu itulah yang dapat digambarkan oleh kami semua peserta baktisiswa kemboja. Didalam hati kami semua amat berharap program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan semoga nasib orang islam di kemboja dapat dibela oleh kita rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat prihatin. Pada hari itu juga kami dapat menunaikan solat terawih sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh rahmat dan keampunan.

Pada keesokan harinya, kami melawat rumah penduduk-penduduk kampong Oosmait. Apa yang dapat kami simpulkan bahawa mereka sewajarnya mendapat pembelaan terhadap masyarakat islam yang lain. Kehidupan mereka begitu daif sekali jika dibandingkan dengan orang miskin di Malaysia. Berbumbungkan atap nipah sahaja dan tiada bilik air mahupun bilik tidur dan juga dapur mereka boleh meneruskan kehidupan mereka dengan penuh tabah dan sabar. Kami sebagai peserta berasa insaf dan amat-amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai warganegara Malaysia . Setelah itu, kami melawat madrasah-madrasah disekitar kampung Oosmait dan memberi sumbangan sedikit kepada mereka.

Pada pukul 0930 pagi waktu kemboja , majlis penutupan Program Baktisiswa telah berlangsung dengan jayanya.Majlis ini telah ditutup oleh YB.Timbalan Menteri Pelajaran Kemboja. Di dalam majlis ini, pihak UiTM yang diketuai oleh Kapten Hj Ahmad telah menyampaikan sumbangan dan derma ikhlas dari pihak UiTM dan orang ramai terhadap 70 buah keluarga di kampung Oosmait ini. Sumbangan yang diterima penduduk kampung meramgkumi pakaian lelaki dan perempuan,pakaian kanak-kanak, sabun,shampoo,ubat gigi dan sebagainya.Disamping itu juga sumbangan yang berbentuk duit kepada masjid,madrasah dan juga berbuka puasa untuk penduduk kampung telah disampaikan oleh wakil program Baktisiswa iaitu Kapten Hj Ahmad kepada Ketua Kampung Oosmait.

Selain itu juga, sekolah disana turut menerima peralatan-peralatan pengajaran dan juga pembelajaran dari Malaysia. Majlis penutup tamat tepat jam 1200 waktu kemboja. Diakhir majlis penutup ini kami bermaaf-maafan bersama penduduk kampung Oosmait. Apa yang dapat disimpulkan sewaktu majlis ini berakhir,walaupun kesukaran pertuturan dan komunikasi diantara kami dengan penduduk kampung Oosmait tetapi program seumpama ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap kami semua pesarta program baktisiswa kemboja. Ramai diantara kami dan juga penduduk kampung menitiskan air mata. Walaupun berlainan Negara tetapi ikatan ukhwah dan erat yang diajar oleh agama islamlah yang menyatukan kami dan penduduk kampung Oosmait disini. Tali persaudaraan sesama islam mengalir ditubuh kami dan kami berazam akan memastikan program seumpama ini diteruskan oleh generasi yang akan datang.

Selesai majlis penutupan itu kami bertolak pulang semula ke Phnom Penh. Misi kami yang seterusnya adalah menyampaikan sumbangan kepada Masjid di KM8.Kami tiba di kampong KM8 pada pukul 1700 petang waktu kemboja dan aktiviti kami pada petang itu adalah beramah mesra dengan penduduk kampong KM8 seterusnya melawat kawasan disekitar Kampung KM8. Kami juga diberi kesempatan untuk berbuka puasa bersama masyarakat Kampung KM8 dan menunaikan solat sunat terawih di masjid yang tersergam indah di KM8.

Pada hari yang berikutnya, kami menaiki bot mengelilingi Sungai Mekong selama 1jam dan juga dapat melawat kampung nelayan. Setelah itu, kami dibawa mengunjungi Russian Market yang terkenal dengan kraftangan masyarakat kemboja. Kami pulang ke KM8 untuk berbuka puasa dan juga menunaikan solat terawih. Setelah itu,kami pulang semula ke hotel dan telah diberi beberapa taklimat oleh Kapten Hj Ahmad dan mengemas-gemas barang untuk pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.

Pada jam 0500 waktu Malaysia kami bertolak ke kemboja Airport. Penerbangan pulang kami dijangka pada jam 0830 pagi tetapi malangnya penerbangan kami ditunda pada jam 0945 pagi. Kami tiba di LCCT Subang Jaya Malaysia pada jam 1200 tengahari dan setelah itu kami terus pulang ke UITM Shah Alam. Jauh disudut hati dan sanubari kami sebagai peserta program ingin berbakti sekali lagi ke kemboja jika diberi peluang yang sama.Pengalaman berada di Kemboja merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya bagi kami dan banyak pengajaran yang kami dapat melalui program Baktisiswa ini.


*Selepas 2 tahun, baru dapat publish post ni :)

16 May 2013

Baitul Muslim VS Baitul Haraki

"Abang Hakim, Baitul Muslim impian saya ialah saya dan isteri mampu bangun bersama qiamulaill dan kami saling tadarus quran bersama-sama" kata seorang peserta.

"Ana pula mahukan baitul muslim yang mana suami ana bersedia kemas rumah sama-sama, masak sama-sama dan makan setalam sama-sama" jawab seorang akhawat malu-malu.

"Ana nak bawa isteri ana pergi program jemaah. Itulah baitul muslim impian ana" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum mendengar jawapan mereka. Sesi baitul muslim tengahari hari itu sungguh segar dan menyenangkan. Semua peserta bersungguh memberi jawapan apabila ditanyakan baitul muslim bagaimana yang mereka impikan. Semenjak berkahwin, sudah banyak jemputan seperti ini dipenuhi.

Mata dilirik melihat zaujah tercinta yang duduk bersimpuh disebelah. Terasa kembali bersemangat untuk meneruskan sesi walaupun demam teruk , batuk dan selsema sejak beberapa hari. Dalam batuk kecil, ana memberikan jawapan.

"Jawapan antum itu benar.. cuma kurang tepat"

Para peserta yang sejak tadi tersenyum senyum terus berwajah serius. Diam memikirkan apa jawapan yang paling tepat.

"Cuba lihat maratibul amal. Selepas Fardu muslim datangnya Baitul Muslim. Dan apakah tahapan selepas Baitul Muslim" ana menyoal secara retorik untuk melihat reaksi para peserta.

"Mujtama' muslim" jawab mereka spontan dan serentak.

"Ya. Benar, Masyarakat Muslim. Dan bagaimanakah dengan aktiviti Baitul Muslim Impian anda seperti bangun sekali , makan sekali, berkebun sekali itu dapat merealisasikan matlamat membina sebuah masyarakat Islam yang Faham Islam dan seterusnya mengundi sebuah Negara yang bertunjangkan pemimpin yang faham Islam.

Para peserta semakin diam. Kelihatan masing-masing mula berfikir secara mendalam. Memang sengaja ana biarkan suasana awal pengisian tadi dalam keadaan ceria agar banyak lontaran idea dikeluarkan apatah lagi dalam topik yang menarik seperti baitul muslim ini.

"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca quran bersama-sama... namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?" panjang lebar ana bersyarah.

"Jadi, apa sebenarnya yang dikatakan baitul muslim impian itu? Boleh ustaz berikan contoh baitul muslim impian ustaz?" soal seorang peserta penuh minat.

Ana tersenyum mendengar soalan tersebut. Terkenang detik-detik liqa taaruf ana yang pertama dengan zaujah sebelum berkahwin di Masjid Salahuddin Al Ayubi , Gombak. Kini ana akan menyebutkan semula perkara yang telah ana katakan kepada zaujah ana pada waktu itu kepada hadirin... Baitul Muslim impian ana....

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional , negeri dan kawasan... bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru Al Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik Al Quran. Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." panjang lebar ana terangkan.

Kelihatan wajah para peserta bertukar menjadi cerah dan ceria. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda faham apa yang ana sampaikan.

"Kalau begitu ana nak buat berzanji di rumah ana setiap minggu " sahut seorang peserta.

"Ana pulak nak buat kelas kemahiran komputer untuk remaja" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum puas mendengar jawapan mereka.

"Ana pulak nak buat kelas memasak di rumah dan ajak semua jiran-jiran hadir " jawab seorang muslimat di hujung.

"Ish, nti ni.. asyik fikir makan aje!" usik rakannya di sebelah.

Ketawa kami berderai mengisi ruang tamu. Suasana sungguh ceria.

Alhamdulillah.. mereka sudah faham apa yang ana sampaikan. Sesungguhnya baitul muslim impian kita semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga, PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan akhlak setempat dan PEDULI fikrah sekeliling. 

Ayuh upgrade baitul muslim itu menjadi baitul dakwah ! :)

BAITUL MUSLIM ----> BAITUL DAKWAH + BAITUL HARAKI

14 March 2013

Kisah Jibrail as yang mampu menitiskan air mata...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata,

"'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud,

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal,"

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Maka, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud,

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan,"

Subhanallah :'(

p/s sebagai renungan dan muhasabah bersama:

"Orang yang berjaya bukanlah orang yang memiliki rumah besar..bukan juga orang yang mempunyai jawatan tinggi serta bergaji besar... orang yang berjaya itu juga bukan yang mempunyai pengaruh yang ramai... Tapi orang yang berjaya itu adalah mukmin yang dirinya khusyuk dalam solat."

:: Halwa Telinga ::