Photobucket
Showing posts with label :: Qalbu ::. Show all posts
Showing posts with label :: Qalbu ::. Show all posts

05 April 2012

Cinta kerana Allah?

Mencintai kerana Allah bukanlah semudah yang kau bayangkan kawan.....

•❤• Cinta kerana Allah adalah cinta yang penuh pengorbanan. 
Bersabar dalam penantian.. Berkorban demi menjaga kesucian.. 


•❤• Cinta kerana Allah adalah cinta yang diraih pada jalan yang diredhaiNya untuk mengharap redhaNya pula. Bukan Cinta kerana Allah namanya jika kita telah membuatNya cemburu kerana menjalin hubungan dalam ikatan yang belum dihalalkan.

•❤• Bukan cinta kerana Allah namanya andai kita tidak mampu mengalahkan nafsu tak sabar ingin mendekatinya padahal kita belum bersedia menikahinya.Bagaimana Allah tidak cemburu jika kita lebih banyak mengingatinya daripada mengingat-Nya..

>>> Bersabarlah.. Bersabarlah.. (✿◠‿◠)

• Lamanya aku dalam sebuah PENANTIAN...
• Tuhan yang maha RAHMAN...
• Kuatkanlah IMAN...
• Berikan aku KESABARAN...
• Bimbinglah aku ke jalan KEBENARAN...
• Agar aku tak salah JALAN...
• Agar aku tak melanggar PERATURAN...
• Sehingga tak melakukan KEMAKSIATAN...
• PadaMu segalanya ku PASRAHKAN...

(¯`v´¯)♥ Aamiin Ya Robbal'alamiin ♥

03 April 2012

Doa buatmu...

khas untuk hawa...doa buat suami

Pernah suatu ketika dahulu seorang sahabat berpesan...
"kita kena sentiasa sedekahkan al-fatihah dan berdoa untuk suami kita walaupun kita belum tahu lagi siapa orangnya..."
Mahu berkongsi dengan sahabat semua sebuah doa khas buat bakal suami yang kita tak tahu siapa...=)


Bismillah...

Ya Allah,
ampunilah segala dosanya,
peliharalah seluruh anggota keluarganya,
berkatilah seluruh kehidupannya,
sejahterakanlah tubuh badannya,
terimalah segala ibadah dan perjuangannya,
dan tuntunilah setiap langkahnya,

Ya Allah,
walau ku tidak tahu siapa gerangannya,
inginku titipkan sedikit harapan untuknya,
jadikan dia seorang yang mencintaiMu lebih dari segalanya,
seorang penyambung perjuangan rasulMu yang setia,
seorang anak yang menghormati kedua orang tuanya.

Ya Allah,
peliharalah ikhtilat dan hatinya,
jauhkan segala gangguan yang merosakkanya
agar dia menjadi hambaMu yang bertambah kesolehannya
Hanya engkau sebaik-baik pemelihara,

Ya Allah,
kelak, izinkan aku sebagai 'Qurratul ain' terbaik untuknya,
dan satu-satunya sayap kiri buatnya...

amiin ya Allah...
amiin..

semoga nanti dia juga mendoakan kita..



copypaste from:http://ummuaiman90.blogspot.com/2012/04/doa-untukmu.html

26 March 2012

Cinta Allah dahulu ♥

 
Bukan tidak suka..bahkan jauh sekali ingin MEMBENCI, saya cuma TIDAK KUAT ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa..lantas kerana itulah saya MELARIKAN DIRI kerana saya tahu saya bukanlah srikandi yang TEGUH IMANNYA di hati..saya cuma hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini, saya tahu amat sukar bagi kamu untuk mengerti.,

Andai kamu ingin melarikan diri..tiada lain saya HARAPKAN melainkan diredhakan hati kerana saya tahu RENCANA Ilahi adalah sebaik-baik KETETAPAN buat diri..lantas, siapalah saya untuk MENYANGGAHI? Andai ingin MENANTI..janganlah kamu MERAPATI..kerana saya pasti MENJAUHI, bukan kerana membenci tetapi kerana saya bukanlah srikandi yang tebal imannya di hati..buat hati yang menangisi..pergilah mencari REDHA Illahi..✿~
Awak mencari cinta saya kerana hati awk BELUM DIPENUHI dengan CINTA Ilahi, BELUM TERISI dengan kasih sayangNya..RAIHLAH cintaNya terlebih dahulu sebelum meraih cinta saya ini..♥♥



p/s:copypaste from facebook

25 March 2012

Jagalah hati...

 
Ya Allahu Ya Hafiz,

Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.
Amin ya Rabb...

p/s:
Beristighfarlah di dalam hati selagi mana termampu…
Astaghfirullahhal’azim…

Basahkan lidahmu dengan zikrullah
dan getarkan hatimu dengan nama ALLAH…


 

17 December 2011

:: Ujian dari-NYA ::

Tersenyumlah bila dirimu diuji dan diduga oleh Allah Ta'ala, kerana dirimu sudah berada dalam perhatianNya..

Ya Allah Ya Tuhanku.. Terima kasih padaMu, kerana masih memerhatikan diriku dengan mengurniakan ujianMu.. Meskipun kekadang dengan ujian itu, diriku jatuh dan rebah, namun kuharap padaMu, janganlah biarkan hatiku sesekali menjadi lemah..

Alhamdulillah ya Rabb...♥

Berdoalah padaNYA....

Bismillahirrahmannirrahim.....

Ya Allah..Ya Tuhan kami..

Bila pendamping kami telah Engkau lahirkan,
Gerakan hatinya tuk menuju hati kami,
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,

Bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu,
Tautkan hati kami dgn hatinya yg sama2 mengharap dan
mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta..Pemilik cinta sejati,
Bilamana cintaku kau ciptakan utk dia..
Tabahkan hatinya..Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati..
Bila hati kami KAU ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dgn Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dgn Cahaya-Mu,
Limpahkan kelapangan di kalbunya dgn kesabaran,
Temani dia dalam kesepian..

Ya Rabbi,
Tiada tempat kami bersandar selain pada-Mu..
Kami titipkan cinta kami pada-Mu untuknya..
Kami titipkan sayang kami pada-Mu untuknya..
Kami titipkan rindu kami pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidup kami dan hidupnya dlm Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Kami yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu kami dapati..
Mohon beri kami kekuatan dan kesabaran dlm penantian kami..

Ya ALLAH..
Kirimkan dia yg dpt membawa kebaikan,
Baik bagi dunia kami,akhirat kami dan agama kami..
Agar kami sama2 berjama'ah tuk tetap Menuju-Mu..
Bimbinglah hati kami,
Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat dan kasih sayang-Mu..
Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..

Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan dan Pilihan-Nya...
mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin ya Rabbal Allamin)..
 

09 December 2011

Wahai hati...




Ingatlah bahawa...

Seandainya Allah tidak mengurniakan seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia mengurniakan seseorang yang mengimpikan dirimu..

Seandainya Allah tidak mengizinkan seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia mengizinkan seseorang yang sentiasa merindukan dirimu...

Seandainya Allah tidak menghadirkan seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang selalu mendambakan dirimu...

Seandainya Allah tidak memberikan seseorang yang hatimu ikhlas terhadapnya dalam kehidupan..
Semoga Dia memberikan seseorang yang ikhlas hatinya terhadap dirimu..

Seandainya Allah tidak menyatukan hatimu dengan seseorang yang kamu cintakan..
Semoga Dia menyatukan hatimu dengan seseorang yang tulus mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketaqwaan kepadaNya.. insyaAllah.

Duhai hati, sentiasalah bersikap terbuka, insyaAllah pasti dirimu akan bahagia..

20 October 2011

Serahkan PadaNYA...





♥ Tetap TERTAWA walau sebenarnya aku ingin MENANGIS..
♥ Tetap TERSENYUM walau sebenarnya aku KECEWA..
♥ Tetap KUAT walau sebenarnya aku sudah TAK SANGGUP lagi..
♥ Tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
♥ Dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja
walau sebenar nya hatiku LEMAH dan sdg TERLUKA...insyaAllah~

ya Allah...


Luarannya aku tampak kuat, tabah, sentiasa tersenyum... Namun tiada siapa mendengar rintihan serta jeritan hatiku selain Kekasih Agungku...Pada saat aku benar-benar memerlukan teman untuk bicara, tiada siapa sudi melainkan diriNya...
Pada aku memerlukan dahan untuk berpaut, Dia dengan rela hati dan penuh kasih-sayang menghulurkan tanganNya padaku...Pada saat aku menangis tak berdaya, Dia kirimkan aku kalam agungNya... Dia tenangkan aku dengan ayat2 cintaNya yang aku kira, cukup LUARBIASA...
ya Allah~

1001 Alasan...



Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menangis..
::Tunjukkanlah bahwa kamu punya 1001 alasan untuk tersenyum::

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu mengeluh..
::Tunjukkanlah bahawa kamu punya 1001 alasan untuk bersyukur::

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menyerah..
::Tunjukkanlah 1001 janji Allah bahwa kamu akan berjaya, kerana :-

- Ketika kerjamu tidak dihargai,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN..♥

- Ketika usahamu dinilai tidak penting,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN..♥

- Ketika hatimu terluka sangat dalam,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN..♥

- Ketika Kamu kecewa,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN..♥

- Ketika Kamu merasa sepi & sendiri,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar KETENANGAN..♥

- Ketika kamu harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI..♥

Dunia ini...
... Terlalu hina untuk membuat kamu menangis
… Terlalu murah untuk membuat kamu bersedih
… Terlalu lemah untuk membuat kamu putus asa

SENYUMLAH ..Kerana kamu mendapat kesempatan

13 October 2011

“Aku & Dia Dah Putus…”



Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”
p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

26 September 2011

Berkahwin dengan pasangan yang tak dikenali...??!!

jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.


Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…

Jam 8.00 malam

‘Yang mana satu ek…?’
‘Yang itukan?’..
‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..
‘OOo..ye ke..hurm…. tak ada beza pun…Mana satu ni?’

‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.

‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..
Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….

Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh..
Dalam seluruh dimensi..
Dan menyentuh utuh..
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul..
Selamanya..
Indahnya nyata..
insyaAllah

. "Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu. Aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.

‘Tak sempat lagi tengok muka dia’
‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.

‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’
‘Makan agaknya…kat luarlah..pergilah tengok,’
‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.
…
Aduhai…
Akhawat yang ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali.

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…

‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima’ dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.
Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.

Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.

ustaz….Ukhti…
Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata-kata walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu lah didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing-masing faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….

Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alasan untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yang mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok ukht, ana undur dulu…
‘iffah : ok, jaga diri ..
Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
‘iffah..insyaALlah. . :)wassalam..
Thariq :wasalam wr wbt..

Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja Islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,
dalam kesedaran cinta ilahi,
sebagai sebenar-benar cinta.

Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…

Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…

Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….

kala cinta bertanya pada cinta..
imanlah jawabnya..

Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?

Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
di pucuk-pucuk hijau segala rasa..

Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….


‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yang lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’

25 July 2011

♥ Cinta Sejati ♥


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum...


[1] Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

[2] Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

[3] Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

[4] Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

[5] Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.


[6] Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


[7] Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

[8] Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

[9] Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

[10] Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

[11] Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka


[12] Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

[13] Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

[14] Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

[15] Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

[16] Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

[17] Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

[18] Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

[19] Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


[20] Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

[21] Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

[22] Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

[23] Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

[24] Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

[25] Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

[26] Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Perkongsian dari: Latahzan


hakikatnya, cinta Allah itu kekal abadi dan sejati...tidak akan pernah mengecewakan hati-hati yang memberikan cinta kepada-Nya...semoga kita semua mendapat cinta yang suci lagi agung itu, CINTA ILAHI...


semoga Allah kasih dan redha selalu...amin

:: Halwa Telinga ::