Photobucket
Showing posts with label :: Hadis ::. Show all posts
Showing posts with label :: Hadis ::. Show all posts

10 April 2011

Mereka yang dirindui =(

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah..masih lagi diberi pinjaman nyawa olehNya untuk terus menitipkan bait-bait tinta di alam maya ini. Sudah agak lama rasanya ana x menulis. Masa begitu mencemburui dan terlalu banyak komitmen lain yang memerlukan masa itu digunakan sebaiknya. 

Tambahan lagi, final exam yang makin hampir. Tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Semester ni cuma 5 subjects ada final exam walaupun ambik 7 subjects. Tapi credit hour agak banyak iaitu 23 sebab ada 4 papers 4 jam kredit setiap subjek. 

Alhamdulillah, semua project and assignment dah siap cuma tinggal 1 sahaja lagi project yang in progress. Kena submit 20 April 2011( First paper exam) tapi akan cuba tuk siapkan dan hantar before 14 April. insyaAllah. Selalunya project paper, test, assignment, presentation mula berderet seminggu sebelum exam. Next week, ana ada 3 presentation, 3 test dan 1 project yang perlu dihantar. Cuti study week cuma 4 hari semester ni. x sempat nak balik rumah. Dah lama sangat xbalik rumah jumpa family..rasa rindu sangat.huhu

setiap kali telefon rumah, mesti abah dan umi akan tanya bila nak balik..mungkin terlalu rindu pada anaknya yang seorang ni.huhu.walaupun dah bagitahu, mereka tetap akan tanya soalan yang sama. Ana yakin, semua parents pun macam tu. Mereka terlalu sayangkan kita dan rindu bila berjauhan dengan kita cuma mereka tidak menuturkannya sahaja. Terlalu besar kasih dan sayang mereka. xterbalas jasa mereka melahirkan,membesarkan dan mendidik kita sehingga kita mampu berada di sini. Mereka tidak pernah meminta untuk dibalas jasa mereka. Hanya doa yang tidak pernah putus dari seorang anak yang soleh mereka harapkan.

Doa untuk Ibubapa:
[doa_ibu_bapa.jpg]

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 
Jadi, sama-samalah kita doakan kesejahteraan mereka. InsyaAllah, setiap amalan kebaikan yang kita buat pasti turut menyumbang ganjaran pahala buat mereka yang telah melahirkan kita.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
  
Riwayat al-Hakim


Huraian : 

Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
 
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Pintaku padaMu ya Rabb:

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

 

p/s dan muhasabah buat diri:
 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah...Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya,atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan  mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan  di dunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

25 March 2011

Syukur & Sabar

Dari Abu Yahya,Shuhaib b. Sinan r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda :"Sungguh menakjubkan sekali keadaan orang muslim itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu hanya terjadi bagi orang mukmin sahaja. Apabila dia mendapatkan kelapangan hidup,dia pun bersyukur, maka yang demikian itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila dia ditimpa oleh kesukaran(musibah), dia pun bersabar, maka itu pun adalah merupakan kebaikan baginya” –H.R.Muslim


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. 
(As-Sajdah 32:15)
Syukur Nikmat Allah
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu".
 (Bukhari)
Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyak nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari. Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya.
Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya.
Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah berfirman yang maksudnya: "Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui". 
(Surah al-Baqarah : Ayat 216)
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."
(An-Nur 24:  Ayat ke 41)  

27 November 2010

Cinta Membawa ke SYURGA

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, " Bilakah akan berlakunya kiamat ya Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w. tidak menjawab, sebaliknya menyoal semula, "Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya? "

Orang Badwi itu menjawab, " Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencintaimu."

Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah s.a.w. terus bersabda yang bermaksud: 
" Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."(Muttafaq 'alaih )
Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, betul dan tepat-kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka!

Itulah peri agung dan pentingnya cinta. InsyaAllah, orang Badwi yang mencintai Rasulullah s.a.w. itu akan bersama Rasulullah s.a.w. di syurga. Ya, kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia dan di akhirat nanti. Itu kepastian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah. FirmanNYA yang bermaksud :
" Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku." ( Surah Ali 'Imran 3: 31 )

Petua capai doa mustajab...


Berikut antara 9 petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab: 

1- Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
"Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak" 
2- Sesungguhnya Rasulullah bersabda :
" Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman : " Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya."
3- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."
4- Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."
5- Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda :
" Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
6- Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda :
" Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjakan solat malam ), solatnya akan diterima Allah."
7- Ata bin Abi Rabah berkata : 
"Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah bersabda : " Sesiapa yang mambaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan." "
8- Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah  bersabda :
" Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata : 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.' "
9- Hadis daripada Abu Hurairah : Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda :
" Pada hari Jumaat itu ada satu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

25 August 2010

Bersifat Pemurah Dibulan Ramadhan...


Hadith :
“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk melipatgandakan amal kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi atau personal dan merupakan rahsia antara seorang manusia dengan Tuhannya.
2. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadatnya pada bulan Ramadhan sahaja. Tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. Sabda Rasulullah yang bermaksud :Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

06 August 2010

Khusyuk yg terganggu..


Diriwayatkan dr Aisyah katanya: '' Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). suatu ketika Nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. setelah selesai solat, Nabi berkata : ''bawalah baju ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku.'' ''


Huraian :

>>solat adlh sah jk mnepati sgala rukun & syarat yg telah ditentukn olh syarak wlupun mmakai pakaian yg ada gmbr(brgambar). wlu bgaimn pun dri segi adab dlm beribdah, prkara ini tdk digalakkn krna ia mgkin mngganggu pnumpuan kta atau org lain trhadap solat kecuali tdk ada pakaian yg lbh baik ktka itu. sesgghnya dlm bribadah, bkn shj rukun & syarat prlu diikuti ttpi adab jg msti diutamakn. mmakai pakaian yg sopan dan selayakny dipakai mstilh dititikbrtkn apalagi bla ktika brhadapan dgn Allah Ta'ala. itulah yg dinamakn sifat ihsan iaitu merasakn bhawa Allah Ta'ala mlihat ibdah yg sdg kta kerjakn. jka kta x mnjaga adab ini dikuatiri ibadah kta x sempurna wlupun d sisi syarak ianya dianggap sah..wallahu'alam.

:: Halwa Telinga ::