Photobucket
Showing posts with label :: Catatanku ::. Show all posts
Showing posts with label :: Catatanku ::. Show all posts

17 May 2013

Pengalaman Cuti Semester 2011

Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan sehingga ke saat ni untuk terus bernafas dengan nikmat kurniaan yang Esa. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...hari ini sudah 22 hari dan merupakan malam ke 23 kita, umat Islam berpuasa. Alhamdulillah..Allah masih lagi panjangkan umur hingga ke saat ini dan diberi kesempatan merasai Ramadhan Kareem pada tahun ini...(Allahu Akram)...

Sudah lama terbiar blog ini. Walaupun ana sedang bercuti, tapi tidak berkesempatan untuk update entry terbaru. cuti semester yang hampir 4 bulan bakal berakhir tidak lama lagi...Ya Allah, begitu cepat rasanya masa berlalu meninggalkan kita..tapi alhamdulillah,cuti ini tidak terlalu kosong tanpa sebarang aktiviti. Bermula dengan Program Minggu Destini Siswa (PMDS), kemudian Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM), Baktisiswa ke Kemboja dan yang terakhir Lambaian Menara Gading (LAMEGA)... semuanya adalah antara program yang ana terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Alhamdulillah, banyak pengalaman membina yang ana dapat dari setiap program.

Pengalaman yang paling banyak ana dapat adalah semasa mengikuti program Baktisiswa Masyarakat Islam di Kemboja. Pengalaman pertama berpuasa di rantauan, jauh daripada keluarga sudah pernah dirasai sebelum ini cuma kali ini sedikit berbeza kerana pertama kali berpuasa dengan masyarakat Islam di Kemboja. Di sana, susah kita nak jumpa umat Islam di bandar besar seperti Phnom Phenh kerana majoriti masyarakat di Kemboja bukan beragama Islam. Hanya lebih kurang 3 peratus daripada 14 Juta penduduk di sana yang beragama Islam dan kebanyakkan mereka tinggal di kampung-kampung kecil.

Setibanya di Lapangan Terbang Phnom Penh, ketibaan kami disambut oleh pengarah Eazy Korban iaitu Ustaz Azhar bersama dengan pemandu pelancong iaitu En Mohd Rosdi. Setelah sampai, kami dibawa melawat ke sekitar Phnom Penh dan setelah itu chek in di hotel New york,Kemboja. Aktiviti diteruskan dengan taklimat program oleh Penasihat Program, Kapten Hj Ahmad bin Ismail dan seterusnya kami dibawa bersiar-siar di sekitar phnom penh dan juga dapat menikmati makan malam di tepi sungai mekong.

Pada hari kedua pula, kami dibawa oleh En Rosdi untuk melawat tempat bersejarah di kemboja iaitu Museum Toul Sleng. Museum ini merupakan bekas penjara di zaman Khmer Rouge yang merupakan pemerintah paling zalim ketika itu kerana banyak membunuh nyawa-nyawa orang yang tidak berdosa dengan kejam sekali. Apabila melihat gambar-gambar di museum tersebut ramai di antara mahasiswa menitiskan air mata kerana melihat kekejaman yang berlaku terhadap manusia yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak. Berada di museum tersebut menginsafkan kami para peserta dan kami berasa beruntung,bertuah dan bersyukur dapat dilahirkan dibumi Malaysia yang aman damai .



Setelah itu , kami melawat ke Killing Field iaitu tempat mangsa-mangsa di Zaman Khmer Rouge dibunuh. Disini, masih terdapat sisa-sisa peninggalan rangka-rangka manusia yang tidak berdosa dibunuh dengan zalim sekali. Apabila kami pergi melawat satu tempat ke satu tempat yang lain di killing field, masih kelihatan sisa-sisa serpihan baju-baju dan tulang-tulang manusia bersepah disana-sini. Kami juga dapat melihat tontonan semula video bagaimana manusia yang tidak berdosa diperlakukan tanpa wujudnya rasa sifat kemanusiaan.

Pada hari ketiga di kemboja, pada pukul 5.30 pagi waktu kemboja, kami melakukan aktiviti bersama penduduk di sekitar Phnom Penh melakukan senaman aerobik di hadapan istana raja dan juga bersebelahan dengan sungai mekong. Kelihatan ramai penduduk kemboja melakukan senaman pagi yang terdiri daripada bermacam-macam kumpulan senamrobik. Timbul kesedaran di hati kami bahawa penduduk di sini sebenarnya lebih mementingkan kesihatan berbanding masyarakat kita di Malaysia. Setelah selesai melakukan aktiviti, kami diberi kesempatan untuk menaiki Cyclo iaitu sejenis kenderaan seperti beca di Malaysia. Sebanyak 50 buah Cyclo tersedia menanti para peserta dan paling mengujakan kami apabila kami berlumba sesama sendiri menaiki Cyclo pulang ke semula ke hotel.

Setelah tibanya di hotel, kami bersarapan pagi dan bersiap-siap melakukan program baktisiswa di kampung Oosmait, Wilayah kampung Chenang. Perjalanan dari hotel ke Kampung Oosmait memakan masa selama 4 jam. Kami tiba di kampung Oosmait pada pukul 2.00 petang waktu kemboja. Setibanya di kampung itu, kelihatan dari jauh beberapa buah khemah didirikan bagi menyambut ketibaan kami dan juga ramai penduduk kampung turut berbaris bagi menyambut kedatangan kami. Kami sebagai peserta program berasa amat terharu kerana layanan penduduk Kampung Oosmait begitu baik sekali terhadap kami. Majlis diteruskan dengan perasmian program baktisiswa masyarakat kemboja yang telah disempurnakan oleh Menteri Kemboja.

Setelah majlis perasmian selesai, kami memulakan misi pertama kami iaitu mengajar kanak-kanak penduduk kampung osmait membaca, mengeja dan sebagainya. Sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran diadakan kami dapat merumuskan bahawa kanak-kanak masyarakat islam Kampung Oosmait amat berminat untuk belajar sesuatu dan mudah memahami sesuatu yang diajarkan.Walaupun kami berdepan dengan cabaran iaitu cabaran pertuturan bahasa tetapi allhamdulillah dengan bantuan translater iatitu saudari Halimah segala program pembelajaran dan misi kami tercapai.

Aktiviti Sukaneka bersama penduduk kampung berlangsung setelah program pembelajaran diadakan. Kanak-kanak kampung Oosmait begitu seronok dan teruja mencuba aktiviti yang kami jalankan. Beberapa acara seperti Bowling Padang, membawa Bola Ping Pong dalam sudu, Pecahkan Belon ,dan Bola Beracun diadakan. Keriangan terpancar diwajah mereka semua. Timbul kesedaran dihati kami sebagai peserta bahawa bertapa bertuahnya kanak-kanak Malaysia yang didedahkan pelbagai permainan dan barangan yang berjenama jika dibandingkan dengan masyarakat kemboja terutamanya penduduk islam di kampong Oosmait.

Setelah selesai aktiviti sukaneka, kami mengambil kesempatan membantu penduduk Kampong Osmait menyediakan juadah makan malam. Pengalaman yang paling bermakna bagi kami semua kerana berhadapan dengan penduduk kampong yang tidak memahami bahasa kami dan kami juga tidak memahami bahasa mereka umpama ayam dengan itik bertutur. Mujurlah ada beberapa orang penduduk kampong yang pandai berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan kami dan kami jadikan mereka sebagai rujukan sekiranya tidak memahami bahasa mereka. Selain itu , pengalaman yang paling mencabar bagi kami apabila memasak menggunakan dapur kayu. Kesudahannya, ramai diantara para peserta mengalirkan air mata disebabkan asap kayu.

Setelah selesai menyediakan juadah, giliran kami sebagai peserta baktisiswa melayan penduduk kampong makan malam. Terpancar kegembiraan diwajah mereka apabila dapat makan makanan yang sedap-sedap. Menurut salah seorang penduduk kampong yang hanya dikenali sebagai Fatimah, mereka dapat makan makanan yang sedap-sedap sewaktu orang Malaysia datang ke Kampung mereka sahaja dan juga sewaktu Hari Raya Aidiladha sahaja. Sekiranya hari biasa, kami dimaklumkan kebanyakkan penduduk kampong ini dapat menikmati makanan nasi sehari sekali bersama lauk sebiji telur yang dikongsi oleh beberapa ahli keluarga yang lain. Sebak dan pilu itulah yang dapat digambarkan oleh kami semua peserta baktisiswa kemboja. Didalam hati kami semua amat berharap program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan semoga nasib orang islam di kemboja dapat dibela oleh kita rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat prihatin. Pada hari itu juga kami dapat menunaikan solat terawih sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh rahmat dan keampunan.

Pada keesokan harinya, kami melawat rumah penduduk-penduduk kampong Oosmait. Apa yang dapat kami simpulkan bahawa mereka sewajarnya mendapat pembelaan terhadap masyarakat islam yang lain. Kehidupan mereka begitu daif sekali jika dibandingkan dengan orang miskin di Malaysia. Berbumbungkan atap nipah sahaja dan tiada bilik air mahupun bilik tidur dan juga dapur mereka boleh meneruskan kehidupan mereka dengan penuh tabah dan sabar. Kami sebagai peserta berasa insaf dan amat-amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai warganegara Malaysia . Setelah itu, kami melawat madrasah-madrasah disekitar kampung Oosmait dan memberi sumbangan sedikit kepada mereka.

Pada pukul 0930 pagi waktu kemboja , majlis penutupan Program Baktisiswa telah berlangsung dengan jayanya.Majlis ini telah ditutup oleh YB.Timbalan Menteri Pelajaran Kemboja. Di dalam majlis ini, pihak UiTM yang diketuai oleh Kapten Hj Ahmad telah menyampaikan sumbangan dan derma ikhlas dari pihak UiTM dan orang ramai terhadap 70 buah keluarga di kampung Oosmait ini. Sumbangan yang diterima penduduk kampung meramgkumi pakaian lelaki dan perempuan,pakaian kanak-kanak, sabun,shampoo,ubat gigi dan sebagainya.Disamping itu juga sumbangan yang berbentuk duit kepada masjid,madrasah dan juga berbuka puasa untuk penduduk kampung telah disampaikan oleh wakil program Baktisiswa iaitu Kapten Hj Ahmad kepada Ketua Kampung Oosmait.

Selain itu juga, sekolah disana turut menerima peralatan-peralatan pengajaran dan juga pembelajaran dari Malaysia. Majlis penutup tamat tepat jam 1200 waktu kemboja. Diakhir majlis penutup ini kami bermaaf-maafan bersama penduduk kampung Oosmait. Apa yang dapat disimpulkan sewaktu majlis ini berakhir,walaupun kesukaran pertuturan dan komunikasi diantara kami dengan penduduk kampung Oosmait tetapi program seumpama ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap kami semua pesarta program baktisiswa kemboja. Ramai diantara kami dan juga penduduk kampung menitiskan air mata. Walaupun berlainan Negara tetapi ikatan ukhwah dan erat yang diajar oleh agama islamlah yang menyatukan kami dan penduduk kampung Oosmait disini. Tali persaudaraan sesama islam mengalir ditubuh kami dan kami berazam akan memastikan program seumpama ini diteruskan oleh generasi yang akan datang.

Selesai majlis penutupan itu kami bertolak pulang semula ke Phnom Penh. Misi kami yang seterusnya adalah menyampaikan sumbangan kepada Masjid di KM8.Kami tiba di kampong KM8 pada pukul 1700 petang waktu kemboja dan aktiviti kami pada petang itu adalah beramah mesra dengan penduduk kampong KM8 seterusnya melawat kawasan disekitar Kampung KM8. Kami juga diberi kesempatan untuk berbuka puasa bersama masyarakat Kampung KM8 dan menunaikan solat sunat terawih di masjid yang tersergam indah di KM8.

Pada hari yang berikutnya, kami menaiki bot mengelilingi Sungai Mekong selama 1jam dan juga dapat melawat kampung nelayan. Setelah itu, kami dibawa mengunjungi Russian Market yang terkenal dengan kraftangan masyarakat kemboja. Kami pulang ke KM8 untuk berbuka puasa dan juga menunaikan solat terawih. Setelah itu,kami pulang semula ke hotel dan telah diberi beberapa taklimat oleh Kapten Hj Ahmad dan mengemas-gemas barang untuk pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.

Pada jam 0500 waktu Malaysia kami bertolak ke kemboja Airport. Penerbangan pulang kami dijangka pada jam 0830 pagi tetapi malangnya penerbangan kami ditunda pada jam 0945 pagi. Kami tiba di LCCT Subang Jaya Malaysia pada jam 1200 tengahari dan setelah itu kami terus pulang ke UITM Shah Alam. Jauh disudut hati dan sanubari kami sebagai peserta program ingin berbakti sekali lagi ke kemboja jika diberi peluang yang sama.Pengalaman berada di Kemboja merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya bagi kami dan banyak pengajaran yang kami dapat melalui program Baktisiswa ini.


*Selepas 2 tahun, baru dapat publish post ni :)

19 October 2011

ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah.. Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan
apa yang ku katakan..
Ya Allah.. Peliharalah aku..
Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa
telah ku usahakan apa yang ku katakan..
Kerna Kau juga menyaksikan
Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..
Maka dengan itu..
Ampunilah aku atas segala kekhilafan..
Amin ya Rabbal 'alamin..




29 July 2011

Masih adakah Ramadhan untukku???

Assalamu'alaikum...alhamdulillah,masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus mencoret tinta hati setelah sekian lama tidak menulis di ruang maya ini. Semoga Allah kasih dan redha selalu semua sahabat-sahabat.

Sebagaimana yang kita semua tahu, bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat dan barokah bakal tiba tidak lama lagi. Cuma berbaki lebih kurang 3 hari sahaja lagi. Ya Allah, begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Tanpa kita sedar, setiap saat detik waktu berlalu meninggalkan kita dan semakin dekat kita dengan panggilan yang Esa iaitu detik kematian.

Masih adakah Ramadhan untukku? Persoalan itu bermain di kotak minda saban waktu. Hati ini dirintih sayu andai tidak ada lagi Ramadhan buatku. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu.

TAKDIR DAN KETETAPAN  


Takdir ialah ketetapan Allah atas manusia (hal-hal yang baik atau yang kurang baik) .Tidak ada manusia yang terlepas dari takdir Allah kerana kita adalah makhluk ciptaanNYA. Anak yang lahir di muka bumi ini umpama kain putih yang bersih dan mereka tidak mengetahui apa yang akan terjadi sebelum dan selepas kelahiran mereka di dunia yang fana ini. Segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah dan sudah tertulis di luh mahfuz. Kita sebagai hambaNYA tidak boleh menetapkan dan memilih, tetapi Allah yang menetapkan dan memilihnya. Seperti kata pepatah " manusia hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan." 


Firman Allah SWT :

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya, sesungguhnyayang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
(al-Hadiid : 22)

RAMADHAN

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”
Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja. 
 


Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan. 

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah. 

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”. 

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya. 

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya. 

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi. 

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian” 

Inilah puasa yang hakiki.. 

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

NAMUN, ANDAI KITA TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kita sia-siakan walau sesaat yang berlalu..setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja..di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kita dendang..bakal kita syairkan..

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir, tentu malamnya kita sibukkan dengan bertarawih..berqiamullai..bertahajjud..mengadu..merintih..meminta belas kasih."sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMU tapi..aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMU"..

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir tentu diri ini tak akan melupakan mereka yang tersayang..mari kita meriahkan Ramadhan..kita buru..kita cari..suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan..

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir tentu kita bakal menyediakan batin dan zahir..mempersiapkan diri..rohani dan jasmani..menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan..lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi...

namun,kita semua tidak tahu..adakah ini Ramadhan yg terakhir buat diri kita..hanya Allah yg Maha Mengetahui..tapi sementara diberi peluang,sama-samalah kita gunakan sebaiknya..muhasabah diri bersama..meningkatkan lagi amalan yg sebelumnya..moga Ramadhan kali ini tidak berakhir dengan sia-sia..
 

 
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


p/s : salam akhirun Syaaban buat semua..semoga kita semua telah membuat persiapan unuk Ramadhan yang bakal menjelang.Mungkin ini Ramadhan yang terakhir ana...mungkin juga tidak ada Ramadhan buat ana kali ini...kerana ajal maut di tangan Allah. Jadi, ana harap sahabat semua sudi memaafkan diri yang begitu kerdil ini serta doakan moga Ramadhan ini mampu mendidik diri ini menjadi muslimah yang lebih baik...

mohon doa juga agar dipermudahkan urusan oleh-Nya. insyaAllah, ana akan mengikuti program baktisiswa ke Kemboja mulai 29/7-4/8/2011...semoga ana selamat pergi dan balik..amin
wassalam.

30 May 2011

KPMDS vs MDS(Minggu Destini Siswa)

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk mencoret bicara hati di alam maya ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Ana ingin memohon jutaan kemaafan buat sahabat2 pembaca kerana sudah agak lama membiarkan blog ini bersawang tanpa sebarang bait bicara dan pesanan buat renungan bersama. 

Kesibukan selepas habis exam agak melimitkan masa yang ada untuk mencoret di sini. selesai final exam hari tu, diri ini perlu menyelesaikan beberapa tugas yang masih terbengkalai. ketika sedang menyiapkan semua report yang perlu dihantar, ana mendapat panggilan dari pihak HEP bahawa permohonan ana untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa untuk program orientasi pelajar baru(Minggu Destini Siswa) berjaya dan ana dikehendaki menghadiri kursus KPMDS selama 4 hari di Segamat,Johor. Alhamdulillah, permohonan ana kali ini berjaya. 

Sepanjang kursus tersebut, banyak pengalaman baru yang ana perolehi. Walaupun agak memenatkan kerana program yang agak padat tapi yang paling best ialah sepanjang program tersebut, kami semua solat jemaah setiap waktu. di situ lah kekuatan itu hadir. selain semangat kerjasama dari semua peserta kursus. 


Sebaik selesai sahaja kursus MDS, diteruskan pula dengan MDS bersama pelajar2 baru sesi Mei 2011. Sepanjang program MDS tersebut, ana mendapat takhlifan sebagai ajk biro kerohanian dan sukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun agak penat kerana kekurangan PM dan terpaksa melakukan kerja semua biro tapi seronok kerana semua PM saling bantu-membantu untuk melancarkan program MDS tersebut. 


Dengan izin Allah,kerjasama yang diberikan membolehkan program tersebut berjalan lancar sehingga ke hujungnya.alhamdulillah...syukur padaNya.

Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa  dan Minggu Destini Siswa merupakan program yang berbeza tapi begitu bermakna kerana dari situ, banyak pengalaman baru yang diraih. Banyak kenangan pahit dan manis yang dirasai sepanjang 2 minggu program tersebut. 


Semoga Allah redha setiap apa yang kami lakukan dan adik-adik pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan suasana pembelajaran yang berbeza.
amin.


p/s: buat adik2 pelajar baru yang baru menjejakkan kaki ke alam universiti, hargailah peluang yang Allah berikan.Jaga diri baik-baik,jaga iman,jaga hati dan jaga maruah diri dan juga keluarga.Ingatlah pada Allah dan keluarga dalam setiap apa yang kita lakukan.

10 April 2011

Mereka yang dirindui =(

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah..masih lagi diberi pinjaman nyawa olehNya untuk terus menitipkan bait-bait tinta di alam maya ini. Sudah agak lama rasanya ana x menulis. Masa begitu mencemburui dan terlalu banyak komitmen lain yang memerlukan masa itu digunakan sebaiknya. 

Tambahan lagi, final exam yang makin hampir. Tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Semester ni cuma 5 subjects ada final exam walaupun ambik 7 subjects. Tapi credit hour agak banyak iaitu 23 sebab ada 4 papers 4 jam kredit setiap subjek. 

Alhamdulillah, semua project and assignment dah siap cuma tinggal 1 sahaja lagi project yang in progress. Kena submit 20 April 2011( First paper exam) tapi akan cuba tuk siapkan dan hantar before 14 April. insyaAllah. Selalunya project paper, test, assignment, presentation mula berderet seminggu sebelum exam. Next week, ana ada 3 presentation, 3 test dan 1 project yang perlu dihantar. Cuti study week cuma 4 hari semester ni. x sempat nak balik rumah. Dah lama sangat xbalik rumah jumpa family..rasa rindu sangat.huhu

setiap kali telefon rumah, mesti abah dan umi akan tanya bila nak balik..mungkin terlalu rindu pada anaknya yang seorang ni.huhu.walaupun dah bagitahu, mereka tetap akan tanya soalan yang sama. Ana yakin, semua parents pun macam tu. Mereka terlalu sayangkan kita dan rindu bila berjauhan dengan kita cuma mereka tidak menuturkannya sahaja. Terlalu besar kasih dan sayang mereka. xterbalas jasa mereka melahirkan,membesarkan dan mendidik kita sehingga kita mampu berada di sini. Mereka tidak pernah meminta untuk dibalas jasa mereka. Hanya doa yang tidak pernah putus dari seorang anak yang soleh mereka harapkan.

Doa untuk Ibubapa:
[doa_ibu_bapa.jpg]

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 
Jadi, sama-samalah kita doakan kesejahteraan mereka. InsyaAllah, setiap amalan kebaikan yang kita buat pasti turut menyumbang ganjaran pahala buat mereka yang telah melahirkan kita.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
  
Riwayat al-Hakim


Huraian : 

Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
 
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Pintaku padaMu ya Rabb:

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

 

p/s dan muhasabah buat diri:
 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah...Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya,atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan  mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan  di dunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

04 April 2011

Baby Boy ^_^

alhamdulillah..pada 30/3/2011..ana dapat baby baru..huhu.anak ana ke? xdelah..bukan anak ana sebab i'm still single..(kalau dah kahwin,logik jugak dapat baby.huhu)..cuba teka,adik ana yang ke berapa?sape nak jawab, cepat angkat tangan...
-
-
-
-
-
Jawapannya ialah....adik yang ke-
-
-
-
-
-
10
(insyaAllah yang bongsu dah kot umi cakap..tapi kalau ada rezeki lagi, kita terima ^_^)

ni ada gambar dia tapi sekeping je la..huhu
sebab kakak dia ni belum sempat nak balik rumah lagi nak ambil pic banyak2..huhu.


"Seindah anugerah illahi anak-anak penyejuk hati yang juga menggapai impian menjadi mukmin mukminah soleh solehah"

Semoga menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan kelak..amin.
Jadi anak yang soleh buat umi dan abah ye dik...♥

insyaAllah..nanti kalau diberi peluang dan kemudahan olehNya, ana akan balik 2 minggu lagi.
rindu sangat kat family..dah lama betul xbalik umah..=(
 terutamanya kat umi dan abah..
(-__-)

pintaku padaMu ya Rabb:

"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan 
keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), 
dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

14 March 2011

Hati ini berbicara...(2)

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan tinta di sini buat ke sekian kalinya...hati ini berbicara (2) adalah tajuk entri pada kali ini..(xtahu nak letak tajuk apa..huhu)..insyaAllah,sambungan entri yang lepas bagi sesiapa yang ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu sambungannya yang ana janjikan sebelum ni.^_^
kali ni mencuri sedikit masa yang ada sebelum badan ini berehat di kala malam makin melarutkan diri.Tapi rasanya awal lagi kot..baru kul 1 pagi..huhu

Bila berbicara soal hati, selalunya akan dikaitkan dengan perasaan..betul ke?huhu..sesiapa yang rasa betul,sila angkat tangan ye..(walaupun ana xnampak..huhu).maaflah ye, entri kali sedikit santai..xnak serius2 macam entri sebelum-sebelum ni..tapi serius ke sebelum ni?..lalalala ;) macam ustaz akil hayy cakap tadi masa kat program perasmian penutup Karnival Penghayatan Nur Islam(HAYAT), kita santai je malam ni..huhu.

Sedikit bersemangat berbanding semasa menulis entri yang sebelum ni kot sebab semasa menulis entri yang lepas, perasaan sedikit terganggu dek emosi yang agak susah nak dikawal masa tu. Mungkin sebab dah dapat lupakan @ abaikan berita yang diterima dari kampung kot...huhu.Berita apa ye agak-agaknya?jeng-jeng..rahsia dunia tu.huhu..xdelah..bukan berita gempak pun.sekadar berita yang boleh mendebarkan hati seorang perempuan.huhu...

Rasanya diri ni muda lagi walaupun usia dah mencecah angka 2 di hadapan sebab still berperangai 'kanak-kanak Ribena' lagi. Bagi sesiapa yang mengenali ana,akan rasa macam tu la kot sebab ana ni jenis yang suka mengusik orang..huhu.(Bagi sesiapa yang selalu kena usik dengan ana,sorry tau..usik-usik sayang tu sebenarnya..huhu ^_^) But, certain people, termasuklah sahabat-sahabat yang rapat selalu cakap ana nampak mature dari umur ana..betul ke? huhu..kalau sahabat-sahabat pembaca rasa betul,
cuba bagi example sikit nanti ye..

Tiba-tiba teringat soalan yang pernah ditanya oleh classmate ana, ''Ana xde boyfriend ke?ana xtakut ke nanti dah habis belajar,xde orang yang nak kahwin ngan ana?''(lebih kurang macam tulah soalan dia)..
Ana tersenyum bila dengar soalan tu.kemudian, ana pun bagitahu dia,"insyaAllah,xcouple sekarang pun kalau ditakdirkan oleh Allah, ada jodoh ana di bumi pinjamanNya ini, pasti ana berkahwin juga kelak..lagipun Allah ada berfirman dalam KitabNya..

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) 
(An-Nur:26)

Ana pasti dan yakin,kita semua pastinya mempunyai perasaan ingin menyayangi dan disayangi bukan?Tipulah kalau seseorang itu menyatakan dia tidak pernah merasakan begitu kerana itu merupakn fitrah kita sebagai seorang manusia biasa.Namun, kitalah yang kena bijak meng'handle'nya dan meletakkan ia ditempat yang betul dan sewajarnya.

" Tak naklah jatuh hati, nanti kalaula patah hati,sakit hati pulak..dahla jatuh,pastu patah..
kan lagi sakit.."
_kata-kata gurauan dari seorang sahabat ana..
ada betulnya kan?huhu

“hati seorang lelaki..
kekadang perlu sekeras waja
ada masanya mesti selembut sutera
ah, lelaki...
jika jiwamu tulus krn ILAHI
pasti lurus perananmu sbgai lelaki”
_petikan dari buku nota hati seorang lelaki

Lastly, jom kita renungkan dan muhasabah diri bersama, siapakah pemilik hati kita yang sebenarnya. Di sini,ana sertakan bersama 
sajak Aminah Qutb buat bakal suami tuk dijadikan renungan...^_^


Beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH aturkan kehidupanmu dengan baik.....

InsyaAllah ^_^

“Ya ALLAH,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkn oleh-Mu kepadaku
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkn olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku..
amin ya Rabb”

‎"Hati yang selalu bertawakkal pada-NYA dan menerima qada qadar seadanya adalah hati yang sentiasa tenang. Mereka pasrah bila ujian dunia menerjah. Mereka bahagia bila kehilangan. Mereka masih tersenyum walau cinta tidak kesampaian"

"Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan."

p/s :maaflah,entri kali ni ntah pape sikit..hope ada yang memberi manfaat ye...

11 March 2011

Hatiku berbicara lagi..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi nikmat pinjaman nyawa olehNya.
 Hatiku berbicara lagi...(adakah ianya sambungan entri yang lepas? ana sendiri pun belum pasti-kalau nak tahu,kenalah baca sampai habis,betul x?huhu ) Kali ini suka untuk ana kongsikan dengan semua pembaca kisah sekeping hati yang ana baca dari blog UMMU HUSNA. Pasti ramai yang mengenalinya. Hati ini begitu tertarik dengan kisah yang dikongsikannya ini.


KISAH SEKEPING HATI
Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.


TERTANYA-TANYA
"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.




HATI YANG PALING INDAH
Saya menangis. Seakan terpancar kefahaman di dalam diri ini bagaimana anjuran ‘mencintai’ yang dimaksudkan oleh junjungan mulia, Muhammad SAW menerusi sabdanya yang bermaksud :

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ia bermaksud, memberi sepenuh hati. 100%. Yang terbaik!

Sebagaimana kita menginginkan yang terbaik buat diri sendiri, begitulah juga sewajarnya yang kita lakukan/berikan kepada orang di sekitar.

Tetapi, dengan satu ingatan. Jangan pula mengharap balasan yang sama, 100% , terhadap apa yang telah diberikan itu, kerana bila pemberian mengharap balasan, maka dibimbangi tiada lagi keikhlasan padanya.

Justeru itu, tidak hairan mengapa Rasulullah SAW diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai semulia-mulia insan. Setelah sekian banyak hinaan, cacian dan penderitaan yang dialami, baginda tetap tampil menyebar salam beserta senyuman.

Tujahan batu-batu, diganti dengan kalungan doa, lemparan najis, diganti dengan untaian budi.

Firman ALLAH SWT :

ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙƒَ Ù„َعَلى Ø®ُÙ„ُÙ‚ٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : “Dan sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” 

( Surah al Qalam ayat 4 )

Justeru itu, mari bersama kita usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.

Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.

Yakinlah :


ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.


Terus memuhasabah diri ini……

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

09 March 2011

Hati ini berbicara...

Bismillahirrahmanirrahim...
First of all, salam sayang ana ucapkan buat semua pembaca dan alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret tinta yang diharapkan memberi manfaat kepada semua yang membaca. (Semoga Allah redha atas setiap bait kata yang terlakar di kanvas maya ini...amin.) Selawat dan salam juga buat Nabi Muhammad SWT, kekasih Allah yang dirindui.

Banyak perkara yang ingin dikongsikan di sini, namun kadang kala diri ini tidak mampu mencoretkan apa yang terbuku di hati. Hanya Allah sahajalah yang tahu apakah yang yang bermain di dalam minda dan hati kala ini. (Ya Allah..tabahkanlah hatiku.) Blog ini di buat sebagai salah satu medan dakwah yang boleh ana gunakan untuk menyampaikan dakwah yang menjadi tanggungjawab setiap khalifah di muka bumi yang hanya sementara ini.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Ali-`Imraan:110)
tapi kadang kala ia dijadikan tempat untuk berkongsi rasa dan meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Ana mohon maaf kepada pembaca sekalian yang mungkin tidak berapa suka membaca luahan hati ana.
 Diri ini tidak sempurna, kerana diri ini hanyalah insan biasa yang tidak pernah, tidak melakukan kesilapan sepanjang berada di muka bumi pinjaman yang Esa. Jadi, janganlah kalian terlalu mengharapkan kesempurnaan dari diri ini. Sempurna itu hanya milik Allah. Sebagai makhluk ciptaanNya, terlalu kerdil rasanya diri ini.
Jangan menyangka dirimu mulia, kerana kadangkala sangkaanmu itu boleh menjadikan dirimu hina..    
~Usah menganggap dirimu baik lagi sempurna imannya, kerana anggapan itu boleh menjerumuskan jiwa dan hatimu dlm kejahatan godaan syaitan durjana..~
_ana petik kata-kata ini dari seorang sahabat

_to be continue. . . . .insyaAllah

06 March 2011

Kami pinta padaMu..

ya Allah..jadikan kami anak yg soleh dan solehah buat ibu bapa kami..dan kurniakan pada kami seorang suami dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah..ya Allah, jadikan kami,insan yg bila dipandang akan menjadi penyejuk mata dan mereka yg memandang kami akan ingat padaMU ya Allah..amin


06 February 2011

Sampaikan pada si dia ~

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia.
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


:: Halwa Telinga ::