Bismillahirrahmanirrahim...
First of all, salam sayang ana ucapkan buat semua pembaca dan alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret tinta yang diharapkan memberi manfaat kepada semua yang membaca. (Semoga Allah redha atas setiap bait kata yang terlakar di kanvas maya ini...amin.) Selawat dan salam juga buat Nabi Muhammad SWT, kekasih Allah yang dirindui.
Banyak perkara yang ingin dikongsikan di sini, namun kadang kala diri ini tidak mampu mencoretkan apa yang terbuku di hati. Hanya Allah sahajalah yang tahu apakah yang yang bermain di dalam minda dan hati kala ini. (Ya Allah..tabahkanlah hatiku.) Blog ini di buat sebagai salah satu medan dakwah yang boleh ana gunakan untuk menyampaikan dakwah yang menjadi tanggungjawab setiap khalifah di muka bumi yang hanya sementara ini.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Ali-`Imraan:110)
tapi kadang kala ia dijadikan tempat untuk berkongsi rasa dan meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Ana mohon maaf kepada pembaca sekalian yang mungkin tidak berapa suka membaca luahan hati ana.
Diri ini tidak sempurna, kerana diri ini hanyalah insan biasa yang tidak pernah, tidak melakukan kesilapan sepanjang berada di muka bumi pinjaman yang Esa. Jadi, janganlah kalian terlalu mengharapkan kesempurnaan dari diri ini. Sempurna itu hanya milik Allah. Sebagai makhluk ciptaanNya, terlalu kerdil rasanya diri ini.
Diri ini tidak sempurna, kerana diri ini hanyalah insan biasa yang tidak pernah, tidak melakukan kesilapan sepanjang berada di muka bumi pinjaman yang Esa. Jadi, janganlah kalian terlalu mengharapkan kesempurnaan dari diri ini. Sempurna itu hanya milik Allah. Sebagai makhluk ciptaanNya, terlalu kerdil rasanya diri ini.
Jangan menyangka dirimu mulia, kerana kadangkala sangkaanmu itu boleh menjadikan dirimu hina..
~Usah menganggap dirimu baik lagi sempurna imannya, kerana anggapan itu boleh menjerumuskan jiwa dan hatimu dlm kejahatan godaan syaitan durjana..~
_ana petik kata-kata ini dari seorang sahabat
_to be continue. . . . .insyaAllah
_to be continue. . . . .insyaAllah
No comments:
Post a Comment