"Apabila seorang manusia berbuat dosa, muncul satu titik hitam pada hatinya. Apabila beliau menghilangkan dosa itu dengan memohon keampunan dan bertaubat, hatinya menjadi bersih kembali. Sekiranya beliau melakukan dosa semula berulang-ulang, semakin banyak titik hitam muncul pada hatinya sehingga seluruh hatinya diselaputi kehitaman. Dalamhal ini, Allah berkata, " Sebenarnya apa yang mereka kerjakan itu menyebabkan kekotoran menyebulungi hati mereka." "
_(surah al-Mutaffifiin:14)
_direkodkan oleh Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Hakim
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Asy-Syams 91:9-10)
Ya Allahu Ya Qudus, bersihkanlah hati dan fikiran kami daripada memikirkan hal-hal yang Engkau benci. Masukkanlah perkara-perkara yang positif dalam hati dan fikiran kami supaya hidup kami tenteram dan damai dalam kesucian-Mu...aamiin.
Ghaffar menunjukkan tahap pengampunan yang luhur iaitu pengampunan yang berulang-ulang, sementara Ghafur mengampunkan secara utuh dan menyeluruh iaitu tahap pengampunan yang sempurna manakala Afuww lebih intensif iaitu meleburkan dosa dan menghilangkannya sama sekali.Subhanallah...
"Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang dan berbuat baik, Allah menjamin pahalanya."
(Surah Asy-Syura:40)
Ya Allahu Ya Ghaffar, Ya Ghafur, Ya Afuww...
Sesungguhnya Engkau yang Maha Pengampun dan Maha Pemaaf, dengan kerendahan hati, kami memohon daripadaMu ampunkanlah dosa-dosa kami dan kesalahan-kesalahan kami yang telah lalu dan akan datang, yang kami lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja...
"Jangan letakkan harapanmu kepada manusia kerana kamu mungkin terluka. Letakkan harapanmu kepada Tuhan kerana Tuhan tidak menghampakanmu.''
_Al-Anshari_
Ya Allahu Ya Baari', aturkanlah segala urusan kami agar selari dengan perancanganMu yang terbaik buat kami dan permudahkanlah segala urusan kami...Aamiin.
1. Hormati suami - Suami sebagai pemimpin sudah tentu ingin dirinya dihormati dan isteri sebagai pengikut harus dihargai. Justeru itu hormati lah dirinya sekiranya mahu diri kita dihargai.
2. Prihatin pada perasaan - Peka lah dengan perasaan suami dan perasaan kita sendiri. Jika suami berwajah sedih maka itu juga mengambarkan perasaannya. Justeru itu jangan lah kita menambah kesedihannya tapi kita cuba hiburkan hatinya dengan layanan dan senyuman manis kita.
3. Sentiasa berkomunikasi - Bagi membolehkan suami meluahkan apa jua samada ketidakpuasan hatinya pada kita. Kerana luahan itu lah petua untuk melancarkan sesebuah perhubungan.
4. Jangan tolak permintaan seks - Semua isteri harus tahu bahawa seks adalah antara keperluan utama seorang lelaki.
5. Jadi teman berbual - Perkahwinan itu satu perkongsian maka kongsi lah apa jua perasaan ketika berbual dengan suami. Dan jadi lah pendengar yang setia ada ketika nya...
6. Menjaga amanah suami - Seorang suami pastinya akan berasa bangga dan bahagia memiliki isteri yang mampu mendidik anak menjadi seorang yang bersopan dan baik tingkah laku nya.
7. Belajar menghargai - Suami perlu dihargai terutama diatas penat lelah dirinya menyara keluarga..
8. Patuh pada agama - Walaupun beribu tips yang diberikan untuk menjadi isteri yang baik tidak akan berguna jika sorang isteri itu tidak berpegang pada agama.. Jauhi segala larangan dan taat lah pada perintahNya dan juga suami.. taati lah suami kerana itu lah yang memudahkan isteri untuk mendapatkan syurga.
9. Jaga keterampilan - Seorang isteri perlu lah jaga penampilan tika bersama suami...
Tiada yang lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah dan bersederhana...
" Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ( tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) dibelakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka.. (Surah An-Nisa' ayat 34).
Apa yang seorang isteri mahukan dari suaminya?
Berikut adalah perkara – perkara yang seorang isteri mahu dari suaminya.
• Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita – wanita lain.
• Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan – rakan.
• Seorang isteri mahukan komitmen dari suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.
• Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu di puji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya di manja dan di belai suaminya.
• Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan – angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.
• Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam berbagai hal.
• Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.
• Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan seks dengannya.
• Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud di hargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.
• Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.
Semoga perkara – perkara di atas dapat membantu anda untuk lebih memahami isteri anda.
Pasakkan`AQIDAH yang sahih (ketetapan hati yang tiada keraguan pada Allah) di dalam jiwa anak2, seawal yang mungkin.
Untuk apa? supaya anak2 dunia cyber ini bukan hanya takut pd amaran i/bapa, tp paling penting takut pd Allah.
Oleh itu: *anak2 dunia cyber ini takkan tgk video pronografi bila i/bapa x dpt mengawasi *anak2 dunia cyber ini tahu bahawa solat fardhu itu penting dr segalanya *anak2 dunia cyber ini takkan menjadi imej kpd kartun upin ipin/boboboy/sin chan krn i/bapa y selalu sgt tinggalkan mrk ralit dgn kartun2 ini dpn ipad/tv *anak2 dunia cyber ini xkan berkepit dgn ipad 24 jam sehingga waktu tidur mrk trgnggu tanpa pgthuan i/bapa *anak2 dunia cyber ini,apabila sudah dpt membezakan antara air sabun y x blh diminum & air milo y blh diminum, dia jg dpt membezakan y mana satu suruhan Allah & y mana 1 larangan Allah.
Inisiatif ibu & ayah: *selalu sebut ttg ALLAH pd anak2. w/pun dia masih di bwh 6 bulan, si kecil ini akan merakam percakapan i/ayah dlm minda. Sehingga mungkin 200x ulangan, anak ini akan familiar dgn apa y kte perkatakan. *sentiasa memberitahu/nasihat anak2 kenapa kita melarang/menyuruh. supaya mereka tahu sebab tindakan i/ayahnya.Jgn sesekali melarang/menyuruh tanpa mereka faham kenapa mereka perlu berbuat begitu. *apabila anak2 mula pandai bercakap & bertanya, ibu bapa perlu menguasai ilmu mantik (logik)
Cth (utk anak bwh 12 bln,mcm Nu'man ): *Tgk apa tu syg?tu pokok..cantikkan pokok tu?siapa yg buat pokok tu?ALLAH... *Tgk tu syg, cat (kucing) la..siapa buat cat tu..ALLAH... ***ckp je,biarlah diaorg buat muka selamba pun,mcm xde perasaan,tp percayalah,mrk sdg absorb apa y kita ckp
Sabda Nabi s.a.w: “Awalluddin Ma’rifatullah” Ertinya: ‘Pertama-tama ugama itu “Mengenal Allah”...
_Halaqah Nisa' Shah Alam_ _27 Ogos 2013_ _Perbincangan buku Indahnya Hidup Bersyariat_ _Topik:Pendidikan awal anak2_
Penantian adalah satu ujian... tetapkanlah ku selalu dalam harapan... karena keimanan tak hanya diucapkan... adalah ketabahan menghadapi cobaan... sabarkanlah ku menanti pasangan hati... tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini... di dalam asa diri menjemput berkahMu... tibalah izinMu atas harapan ini... Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini... Berikanlah cahaya terangmu selalu... Robbi doa dan upaya hambaMu ini.. Hanyalah bersandar semata kepadaMu... sabarkanlah ku menanti pasangan hati... tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini... di dalam asa diri menjemput berkahMu... tibalah izinMu atas harapan ini... Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini... Berikanlah cahaya terangmu selalu... Robbi segala upaya hambaMu ini... hanyalah bersandar semata kepadaMu... Robbi redhailah penantianku ini... hadirkanlah ketenteraman di dalam hati... Robbi hanya padamu ya doaku ini... Duhai tempat mengadu segala rasa diri..
Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan sehingga ke saat ni untuk terus bernafas dengan nikmat kurniaan yang Esa. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...hari ini sudah 22 hari dan merupakan malam ke 23 kita, umat Islam berpuasa. Alhamdulillah..Allah masih lagi panjangkan umur hingga ke saat ini dan diberi kesempatan merasai Ramadhan Kareem pada tahun ini...(Allahu Akram)...
Sudah lama terbiar blog ini. Walaupun ana sedang bercuti, tapi tidak berkesempatan untuk update entry terbaru. cuti semester yang hampir 4 bulan bakal berakhir tidak lama lagi...Ya Allah, begitu cepat rasanya masa berlalu meninggalkan kita..tapi alhamdulillah,cuti ini tidak terlalu kosong tanpa sebarang aktiviti. Bermula dengan Program Minggu Destini Siswa (PMDS), kemudian Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM), Baktisiswa ke Kemboja dan yang terakhir Lambaian Menara Gading (LAMEGA)... semuanya adalah antara program yang ana terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Alhamdulillah, banyak pengalaman membina yang ana dapat dari setiap program.
Pengalaman yang paling banyak ana dapat adalah semasa mengikuti program Baktisiswa Masyarakat Islam di Kemboja. Pengalaman pertama berpuasa di rantauan, jauh daripada keluarga sudah pernah dirasai sebelum ini cuma kali ini sedikit berbeza kerana pertama kali berpuasa dengan masyarakat Islam di Kemboja. Di sana, susah kita nak jumpa umat Islam di bandar besar seperti Phnom Phenh kerana majoriti masyarakat di Kemboja bukan beragama Islam. Hanya lebih kurang 3 peratus daripada 14 Juta penduduk di sana yang beragama Islam dan kebanyakkan mereka tinggal di kampung-kampung kecil.
Setibanya di Lapangan Terbang Phnom Penh, ketibaan kami disambut oleh pengarah Eazy Korban iaitu Ustaz Azhar bersama dengan pemandu pelancong iaitu En Mohd Rosdi. Setelah sampai, kami dibawa melawat ke sekitar Phnom Penh dan setelah itu chek in di hotel New york,Kemboja. Aktiviti diteruskan dengan taklimat program oleh Penasihat Program, Kapten Hj Ahmad bin Ismail dan seterusnya kami dibawa bersiar-siar di sekitar phnom penh dan juga dapat menikmati makan malam di tepi sungai mekong.
Pada hari kedua pula, kami dibawa oleh En Rosdi untuk melawat tempat bersejarah di kemboja iaitu Museum Toul Sleng. Museum ini merupakan bekas penjara di zaman Khmer Rouge yang merupakan pemerintah paling zalim ketika itu kerana banyak membunuh nyawa-nyawa orang yang tidak berdosa dengan kejam sekali. Apabila melihat gambar-gambar di museum tersebut ramai di antara mahasiswa menitiskan air mata kerana melihat kekejaman yang berlaku terhadap manusia yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak. Berada di museum tersebut menginsafkan kami para peserta dan kami berasa beruntung,bertuah dan bersyukur dapat dilahirkan dibumi Malaysia yang aman damai .
Setelah itu , kami melawat ke Killing Field iaitu tempat mangsa-mangsa di Zaman Khmer Rouge dibunuh. Disini, masih terdapat sisa-sisa peninggalan rangka-rangka manusia yang tidak berdosa dibunuh dengan zalim sekali. Apabila kami pergi melawat satu tempat ke satu tempat yang lain di killing field, masih kelihatan sisa-sisa serpihan baju-baju dan tulang-tulang manusia bersepah disana-sini. Kami juga dapat melihat tontonan semula video bagaimana manusia yang tidak berdosa diperlakukan tanpa wujudnya rasa sifat kemanusiaan.
Pada hari ketiga di kemboja, pada pukul 5.30 pagi waktu kemboja, kami melakukan aktiviti bersama penduduk di sekitar Phnom Penh melakukan senaman aerobik di hadapan istana raja dan juga bersebelahan dengan sungai mekong. Kelihatan ramai penduduk kemboja melakukan senaman pagi yang terdiri daripada bermacam-macam kumpulan senamrobik. Timbul kesedaran di hati kami bahawa penduduk di sini sebenarnya lebih mementingkan kesihatan berbanding masyarakat kita di Malaysia. Setelah selesai melakukan aktiviti, kami diberi kesempatan untuk menaiki Cyclo iaitu sejenis kenderaan seperti beca di Malaysia. Sebanyak 50 buah Cyclo tersedia menanti para peserta dan paling mengujakan kami apabila kami berlumba sesama sendiri menaiki Cyclo pulang ke semula ke hotel.
Setelah tibanya di hotel, kami bersarapan pagi dan bersiap-siap melakukan program baktisiswa di kampung Oosmait, Wilayah kampung Chenang. Perjalanan dari hotel ke Kampung Oosmait memakan masa selama 4 jam. Kami tiba di kampung Oosmait pada pukul 2.00 petang waktu kemboja. Setibanya di kampung itu, kelihatan dari jauh beberapa buah khemah didirikan bagi menyambut ketibaan kami dan juga ramai penduduk kampung turut berbaris bagi menyambut kedatangan kami. Kami sebagai peserta program berasa amat terharu kerana layanan penduduk Kampung Oosmait begitu baik sekali terhadap kami. Majlis diteruskan dengan perasmian program baktisiswa masyarakat kemboja yang telah disempurnakan oleh Menteri Kemboja.
Setelah majlis perasmian selesai, kami memulakan misi pertama kami iaitu mengajar kanak-kanak penduduk kampung osmait membaca, mengeja dan sebagainya. Sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran diadakan kami dapat merumuskan bahawa kanak-kanak masyarakat islam Kampung Oosmait amat berminat untuk belajar sesuatu dan mudah memahami sesuatu yang diajarkan.Walaupun kami berdepan dengan cabaran iaitu cabaran pertuturan bahasa tetapi allhamdulillah dengan bantuan translater iatitu saudari Halimah segala program pembelajaran dan misi kami tercapai.
Aktiviti Sukaneka bersama penduduk kampung berlangsung setelah program pembelajaran diadakan. Kanak-kanak kampung Oosmait begitu seronok dan teruja mencuba aktiviti yang kami jalankan. Beberapa acara seperti Bowling Padang, membawa Bola Ping Pong dalam sudu, Pecahkan Belon ,dan Bola Beracun diadakan. Keriangan terpancar diwajah mereka semua. Timbul kesedaran dihati kami sebagai peserta bahawa bertapa bertuahnya kanak-kanak Malaysia yang didedahkan pelbagai permainan dan barangan yang berjenama jika dibandingkan dengan masyarakat kemboja terutamanya penduduk islam di kampong Oosmait.
Setelah selesai aktiviti sukaneka, kami mengambil kesempatan membantu penduduk Kampong Osmait menyediakan juadah makan malam. Pengalaman yang paling bermakna bagi kami semua kerana berhadapan dengan penduduk kampong yang tidak memahami bahasa kami dan kami juga tidak memahami bahasa mereka umpama ayam dengan itik bertutur. Mujurlah ada beberapa orang penduduk kampong yang pandai berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan kami dan kami jadikan mereka sebagai rujukan sekiranya tidak memahami bahasa mereka. Selain itu , pengalaman yang paling mencabar bagi kami apabila memasak menggunakan dapur kayu. Kesudahannya, ramai diantara para peserta mengalirkan air mata disebabkan asap kayu.
Setelah selesai menyediakan juadah, giliran kami sebagai peserta baktisiswa melayan penduduk kampong makan malam. Terpancar kegembiraan diwajah mereka apabila dapat makan makanan yang sedap-sedap. Menurut salah seorang penduduk kampong yang hanya dikenali sebagai Fatimah, mereka dapat makan makanan yang sedap-sedap sewaktu orang Malaysia datang ke Kampung mereka sahaja dan juga sewaktu Hari Raya Aidiladha sahaja. Sekiranya hari biasa, kami dimaklumkan kebanyakkan penduduk kampong ini dapat menikmati makanan nasi sehari sekali bersama lauk sebiji telur yang dikongsi oleh beberapa ahli keluarga yang lain. Sebak dan pilu itulah yang dapat digambarkan oleh kami semua peserta baktisiswa kemboja. Didalam hati kami semua amat berharap program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan semoga nasib orang islam di kemboja dapat dibela oleh kita rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat prihatin. Pada hari itu juga kami dapat menunaikan solat terawih sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh rahmat dan keampunan.
Pada keesokan harinya, kami melawat rumah penduduk-penduduk kampong Oosmait. Apa yang dapat kami simpulkan bahawa mereka sewajarnya mendapat pembelaan terhadap masyarakat islam yang lain. Kehidupan mereka begitu daif sekali jika dibandingkan dengan orang miskin di Malaysia. Berbumbungkan atap nipah sahaja dan tiada bilik air mahupun bilik tidur dan juga dapur mereka boleh meneruskan kehidupan mereka dengan penuh tabah dan sabar. Kami sebagai peserta berasa insaf dan amat-amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai warganegara Malaysia . Setelah itu, kami melawat madrasah-madrasah disekitar kampung Oosmait dan memberi sumbangan sedikit kepada mereka.
Pada pukul 0930 pagi waktu kemboja , majlis penutupan Program Baktisiswa telah berlangsung dengan jayanya.Majlis ini telah ditutup oleh YB.Timbalan Menteri Pelajaran Kemboja. Di dalam majlis ini, pihak UiTM yang diketuai oleh Kapten Hj Ahmad telah menyampaikan sumbangan dan derma ikhlas dari pihak UiTM dan orang ramai terhadap 70 buah keluarga di kampung Oosmait ini. Sumbangan yang diterima penduduk kampung meramgkumi pakaian lelaki dan perempuan,pakaian kanak-kanak, sabun,shampoo,ubat gigi dan sebagainya.Disamping itu juga sumbangan yang berbentuk duit kepada masjid,madrasah dan juga berbuka puasa untuk penduduk kampung telah disampaikan oleh wakil program Baktisiswa iaitu Kapten Hj Ahmad kepada Ketua Kampung Oosmait.
Selain itu juga, sekolah disana turut menerima peralatan-peralatan pengajaran dan juga pembelajaran dari Malaysia. Majlis penutup tamat tepat jam 1200 waktu kemboja. Diakhir majlis penutup ini kami bermaaf-maafan bersama penduduk kampung Oosmait. Apa yang dapat disimpulkan sewaktu majlis ini berakhir,walaupun kesukaran pertuturan dan komunikasi diantara kami dengan penduduk kampung Oosmait tetapi program seumpama ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap kami semua pesarta program baktisiswa kemboja. Ramai diantara kami dan juga penduduk kampung menitiskan air mata. Walaupun berlainan Negara tetapi ikatan ukhwah dan erat yang diajar oleh agama islamlah yang menyatukan kami dan penduduk kampung Oosmait disini. Tali persaudaraan sesama islam mengalir ditubuh kami dan kami berazam akan memastikan program seumpama ini diteruskan oleh generasi yang akan datang.
Selesai majlis penutupan itu kami bertolak pulang semula ke Phnom Penh. Misi kami yang seterusnya adalah menyampaikan sumbangan kepada Masjid di KM8.Kami tiba di kampong KM8 pada pukul 1700 petang waktu kemboja dan aktiviti kami pada petang itu adalah beramah mesra dengan penduduk kampong KM8 seterusnya melawat kawasan disekitar Kampung KM8. Kami juga diberi kesempatan untuk berbuka puasa bersama masyarakat Kampung KM8 dan menunaikan solat sunat terawih di masjid yang tersergam indah di KM8.
Pada hari yang berikutnya, kami menaiki bot mengelilingi Sungai Mekong selama 1jam dan juga dapat melawat kampung nelayan. Setelah itu, kami dibawa mengunjungi Russian Market yang terkenal dengan kraftangan masyarakat kemboja. Kami pulang ke KM8 untuk berbuka puasa dan juga menunaikan solat terawih. Setelah itu,kami pulang semula ke hotel dan telah diberi beberapa taklimat oleh Kapten Hj Ahmad dan mengemas-gemas barang untuk pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.
Pada jam 0500 waktu Malaysia kami bertolak ke kemboja Airport. Penerbangan pulang kami dijangka pada jam 0830 pagi tetapi malangnya penerbangan kami ditunda pada jam 0945 pagi. Kami tiba di LCCT Subang Jaya Malaysia pada jam 1200 tengahari dan setelah itu kami terus pulang ke UITM Shah Alam. Jauh disudut hati dan sanubari kami sebagai peserta program ingin berbakti sekali lagi ke kemboja jika diberi peluang yang sama.Pengalaman berada di Kemboja merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya bagi kami dan banyak pengajaran yang kami dapat melalui program Baktisiswa ini. *Selepas 2 tahun, baru dapat publish post ni :)
"Abang Hakim, Baitul Muslim impian saya ialah saya dan isteri mampu bangun bersama qiamulaill dan kami saling tadarus quran bersama-sama" kata seorang peserta.
"Ana pula mahukan baitul muslim yang mana suami ana bersedia kemas rumah sama-sama, masak sama-sama dan makan setalam sama-sama" jawab seorang akhawat malu-malu.
"Ana nak bawa isteri ana pergi program jemaah. Itulah baitul muslim impian ana" jawab seorang lagi.
Ana tersenyum mendengar jawapan mereka. Sesi baitul muslim tengahari hari itu sungguh segar dan menyenangkan. Semua peserta bersungguh memberi jawapan apabila ditanyakan baitul muslim bagaimana yang mereka impikan. Semenjak berkahwin, sudah banyak jemputan seperti ini dipenuhi.
Mata dilirik melihat zaujah tercinta yang duduk bersimpuh disebelah. Terasa kembali bersemangat untuk meneruskan sesi walaupun demam teruk , batuk dan selsema sejak beberapa hari. Dalam batuk kecil, ana memberikan jawapan.
"Jawapan antum itu benar.. cuma kurang tepat"
Para peserta yang sejak tadi tersenyum senyum terus berwajah serius. Diam memikirkan apa jawapan yang paling tepat.
"Cuba lihat maratibul amal. Selepas Fardu muslim datangnya Baitul Muslim. Dan apakah tahapan selepas Baitul Muslim" ana menyoal secara retorik untuk melihat reaksi para peserta.
"Mujtama' muslim" jawab mereka spontan dan serentak.
"Ya. Benar, Masyarakat Muslim. Dan bagaimanakah dengan aktiviti Baitul Muslim Impian anda seperti bangun sekali , makan sekali, berkebun sekali itu dapat merealisasikan matlamat membina sebuah masyarakat Islam yang Faham Islam dan seterusnya mengundi sebuah Negara yang bertunjangkan pemimpin yang faham Islam.
Para peserta semakin diam. Kelihatan masing-masing mula berfikir secara mendalam. Memang sengaja ana biarkan suasana awal pengisian tadi dalam keadaan ceria agar banyak lontaran idea dikeluarkan apatah lagi dalam topik yang menarik seperti baitul muslim ini.
"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca quran bersama-sama... namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?" panjang lebar ana bersyarah.
"Jadi, apa sebenarnya yang dikatakan baitul muslim impian itu? Boleh ustaz berikan contoh baitul muslim impian ustaz?" soal seorang peserta penuh minat.
Ana tersenyum mendengar soalan tersebut. Terkenang detik-detik liqa taaruf ana yang pertama dengan zaujah sebelum berkahwin di Masjid Salahuddin Al Ayubi , Gombak. Kini ana akan menyebutkan semula perkara yang telah ana katakan kepada zaujah ana pada waktu itu kepada hadirin... Baitul Muslim impian ana....
"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional , negeri dan kawasan... bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru Al Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik Al Quran. Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." panjang lebar ana terangkan.
Kelihatan wajah para peserta bertukar menjadi cerah dan ceria. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda faham apa yang ana sampaikan.
"Kalau begitu ana nak buat berzanji di rumah ana setiap minggu " sahut seorang peserta.
"Ana pulak nak buat kelas kemahiran komputer untuk remaja" jawab seorang lagi.
Ana tersenyum puas mendengar jawapan mereka.
"Ana pulak nak buat kelas memasak di rumah dan ajak semua jiran-jiran hadir " jawab seorang muslimat di hujung.
"Ish, nti ni.. asyik fikir makan aje!" usik rakannya di sebelah.
Ketawa kami berderai mengisi ruang tamu. Suasana sungguh ceria.
Alhamdulillah.. mereka sudah faham apa yang ana sampaikan. Sesungguhnya baitul muslim impian kita semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga, PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan akhlak setempat dan PEDULI fikrah sekeliling.
Ayuh upgrade baitul muslim itu menjadi baitul dakwah ! :)
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata,
"'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud,
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal,"
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Maka, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud,
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan,"
Subhanallah :'(
p/s sebagai renungan dan muhasabah bersama:
"Orang yang berjaya bukanlah orang yang memiliki rumah besar..bukan juga orang yang mempunyai jawatan tinggi serta bergaji besar... orang yang berjaya itu juga bukan yang mempunyai pengaruh yang ramai... Tapi orang yang berjaya itu adalah mukmin yang dirinya khusyuk dalam solat."
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik penolong...
"Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (Al-Ikhlaas 112:2)
ALLAH...ALLAH...ALLAH
"♥ Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga .. Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT ♥ InsyaAllah.."
Relakanlah daku menjadi wanita solehah yang rela mati dalam keunggulan iman..terpancang gagah bagai harumnya pusara Masyitah..Aamiin ya Rabb..
Ia ibarat kaca yang berdebu Jangan terlalu keras membersihkannya Nanti ia mudah retak dan pecah Ia ibarat kaca yang berdebu Jangan terlalu lembut membersihkannya Nanti ia mudah keruh dan ternoda Ia bagai permata keindahan Sentuhlah hatinya dengan kelembutan Ia sehalus sutera di awan Jagalah hatinya dengan kesabaran
Lemah-lembutlah kepadanya Namun jangan terlalu memanjakannya Tegurlah bila ia tersalah Namun janganlah lukai hatinya
Bersabarlah bila menghadapinya Terimalah ia dengan keikhlasan Karena ia kaca yang berdebu Semoga kau temukan dirinya Bercahayakan iman
"Wahai kaumku! sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." (Ghafir:39)
Jodoh dengan pasangan impian BELUM TENTU AKAN DATANG. Tetapi jodoh dengan KEMATIAN, KUBUR, AKHIRAT pasti akan datang walaupun tidak diundang.
hidup itu dengan izin ALLAH dan mati itu pasti... setiap yang hidup pasti akan merasai mati kerana syarat untuk mati adalah hidup...
"InsyaAllah. Kita semua bakal jenazah. Jodoh kita dengan mati adalah pasti."
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
(Yusuf 12:101)
Aamiin Allahumma aamiin...
"Malaikat Izrail akan datang tanpa kenal rasa hiba, menghancurkan rasa cinta, meruntuhkan kekeluargaan. Hartamu yang segunung tidak akan berkuasa menghentikannya. Hanya satu yang mampu menyelamatkan jiwamu, iaitu amalanmu. Adakah engkau sudah bersedia untuk mati?" _Dr. 'Aidh al-Qarni, pengarang La Tahzan
Nabi Daud A.S pernah berpesan kepada anaknya Sulaiman A.S, "Wahai anakku, jangan terlalu banyak cemburu kepada isterimu, jangan kamu lihat yang buruk-buruk sahaja. Ini kerana, sifat yang keterlaluan itu akan menyebabkan isterimu menjadi mangsa tuduhan yang melampau padahal dia bersih dari tuduhan tersebut" - Sunan Al Baihaqi 1/499
Sifat cemburu yang berlebihan menyebabkan pasangan suami isteri saling bersangka buruk sesama sendiri dan hubungan kian menjadi retak. Cemburu yang timbul berasaskan perasaan ragu dan sangsi seperti ini dikatakan "cemburu buta". Cemburu seperti inilah yang akan membuka pintu kemungkinan berlakunya kesalahan dan kemurkaan Allah Taala. Iaitu apabila sesuatu yang dicemburukan diyakini benar berlaku walaupun tanpa selidik dan usul periksa. Cemburu seperti ini boleh meracuni perhubungan dan pergaulan ketika mengharungi bahtera kehidupan.
Namun, tanpa cemburu juga merbahaya. Melalui cemburu, seseorang menunjukkan sikap ingin mempertahankan sesuatu seutuhnya, dijaga sepenuh pengawasannya. Tanpa cemburu juga maka tiada siapa yang akan ambil peduli dan terpanggil untuk rasa bertanggungjawab membaiki keadaan. Sebarang kebiasaan tabiat buruk dan keterlanjuran akan mudah membarah menjadi gejala tidak sihat apabila tiada sesiapa yang peka dan sensitif dengan kecemburuannya. Kita khuatir tanpa sifat cemburu atau kononnya mahu digelar "sporting", ia nantinya melahirkan masyarakat yang sesat barat, sehingga seseorang itu tega membiarkan lelaki lain berjalan-jalan bersama isterinya, membiarkan pergaulan adik perempuannya tanpa kawalan. Oleh kerana itu, sifat cemburu menjadi satu elemen yang diperlukan bagi memastikan keutuhan rumah tangga, asalkan neraca yang menjadi asas kecemburuan itu selari dengan kehendak Allah Taala.
Jika perasaan cemburu hilang kepada pasangan hidup dengan alasan saling mempercayai satu sama lain, satu hari nanti ia pasti akan mengundang fitnah dan kerosakan rumah tangga. Seorang lelaki berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah sesungguhnya isteriku pergi haji, sedangkan aku telah diwajibkan ikut di dalam peperangan ini". Maka Baginda bersabda, "Pergilah berangkat haji bersama isterimu" - Sahih Bukhari (3006)
Seorang suami bukan sahaja harus mencemburui isterinya, malah isteri juga harus mencemburui suaminya. Demikian juga ibu bapa harus cemburu kepada anak-anaknya. Kecemburuan ini bersumberkan ikatan kasih sayang. Persoalannya, kasih sayang yang bagaimana? Sebagai contoh, tidak cukup sayangkan isteri kerana kecantikan rupa parasnya. Jika demikian, apabila kecantikan itu hilang dimamah usia maka akan pudar jugalah rasa cemburu suami terhadap isterinya. Sayang tidak akan kekal dan cemburu tidak akan berterusan jika diikat dengan sesuatu yang tidak abadi dan hakiki. Oleh kerana itu, sayang dan cemburu seorang suami atau bapa kepada isteri dan anaknya haruslah sampai ke pintu syurga.
Sifat cemburu mestilah dipandu dengan asas iman dan akal, bukan emosi semata-mata. Sikap cemburu jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati.
Cemburu Sifat Orang Beriman, Tanda Sayang & Bukti Harga Diri
Cemburu itu tanda sayang, ia menjadi bumbu dalam hubungan kasih sayang. Tetapi, sayangilah apa jua asalkan ia dihubungkan kepada Allah Taala Yang Mempunyai Segala-galanya. Justeru, cemburulah apabila suami atau isteri mahupun anak yang menunjukkan tanda-tanda lalai dan melencong daripada landasan hidup sebagai orang yang dicintai Allah. Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)
Sa'ad bin Ubadah R.A pernah menggambarkan perasaan marahnya di hadapan Para Sahabat jika dia mengetahui isterinya bergaul dengan lelaki lain. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, "Apakah kalian merasa hairan dengan kecemburuan Sa'ad? Sesungguhnya aku lebih cemburu jika dibandingkan dengannya, dan Allah lebih cemburu jika dibandingkan denganku. Kerana itu Allah melarang perbuatan keji, baik ia dilakukan secara terang mahupun secara sembunyi. Dan tiada sesiapapun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutusNya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorangpun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memujiNya) dijanjikannya syurga" - [ rujuk Sahih Bukhari (6846), Sahih Muslim (6846) ].
Konklusinya, cemburu itu tidak salah cuma kita perlu salurkan sifat cemburu itu pada tempatnya :)
Keinginan terbesar bagi setiap wanita adalah menjadi seorang isteri yang baik bagi suaminya. Yang pada akhirnya akan membawanya menjadi seorang Ibu dari anak-anaknya. Itulah salah satu alasan bagi setiap wanita mengapa ia begitu merindukan apa yang disebutnya sebagai "PERNIKAHAN".
Merindukan seorang lelaki yang benar-benar punya komitmen yang jelas untuk menjadi Imamnya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memacarinya.
Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
Akan tetapi...
Ia sangat merindukan sosok seorang pemimpin yang mau menuntunnya menjadi seorang wanita yang bisa membawanya untuk menyempurnakan ibadahnya.
Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang wanita mulia di hadapan Rabbnya.
Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang wanita yang mengabdi kepada imamnya.
Karena ia yakin bahwa itulah jalan yang akan membawanya menuju Ridha-Nya.
"Janganlah kamu terlalu memikirkan dan khuatirkan sesuatu yang sudah pasti bagi mu andai kamu yakin denganNYA, namun fikirkanlah penghujung hayatmu kerana itu belum pasti bagi kamu..."
p/s: In syaa Allah, ana yakin dengan janji dan cinta Yang Agung :)
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Ibrahim 14:34)
Ucapan syukur :
.....dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran"....
(Al-A'raaf 7:43)
Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita..
Allah Ta’ala telah menyeru hambanya berkaitan dengan menyambung tali silaturahmi dalam sembilan belas ayat di kitab-Nya yang mulia. Allah Ta’ala memperingatkan orang yang memutuskannya dengan laknat dan adzab, diantara firmanNya,
Artinya: “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan ? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikanNya telinga mereka, dan dibutakanNya penglihatan mereka.” (QS Muhammad 47:22-23).
Artinya: “Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS An Nisaa’ 4:1).
Juga sabda Rasulullah Shallallahu’alahi Wasallam ,
Artinya: “Barangsiapa yang senang untuk dilapangkan rizkinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturahim.”
Hubungan antara sesama muslim...
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim
, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' " (HR. Muslim)