Photobucket

20 September 2013

Al-Qudus (Maha Suci)

"Apabila seorang manusia berbuat dosa, muncul satu titik hitam pada hatinya. Apabila beliau menghilangkan dosa itu dengan memohon keampunan dan bertaubat, hatinya menjadi bersih kembali. Sekiranya beliau melakukan dosa semula berulang-ulang, semakin banyak titik hitam muncul pada hatinya sehingga seluruh hatinya diselaputi kehitaman. Dalam hal ini, Allah berkata, " Sebenarnya apa yang mereka kerjakan itu menyebabkan kekotoran menyebulungi hati mereka." "
_(surah al-Mutaffifiin:14)

_direkodkan oleh Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Hakim 

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

(Asy-Syams 91:9-10)

Ya Allahu Ya Qudus, bersihkanlah hati dan fikiran kami daripada memikirkan hal-hal yang Engkau benci. Masukkanlah perkara-perkara yang positif dalam hati dan fikiran kami supaya hidup kami tenteram dan damai dalam kesucian-Mu...aamiin.

Al-Ghaffar (Maha Pengampun), Al-Ghafur (Maha Pengampun), Al-Afuww (Maha Pemaaf)

Ghaffar menunjukkan tahap pengampunan yang luhur iaitu pengampunan yang berulang-ulang, sementara Ghafur mengampunkan secara utuh dan menyeluruh iaitu tahap pengampunan yang sempurna manakala Afuww lebih intensif iaitu meleburkan dosa dan menghilangkannya sama sekali.Subhanallah...

"Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang dan berbuat baik, Allah menjamin pahalanya."
(Surah Asy-Syura:40)

Ya Allahu Ya Ghaffar, Ya Ghafur, Ya Afuww...
Sesungguhnya Engkau yang Maha Pengampun dan Maha Pemaaf, dengan kerendahan hati, kami memohon daripadaMu ampunkanlah dosa-dosa kami dan kesalahan-kesalahan kami yang telah lalu dan akan datang, yang kami lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja...
Aamiin Ya Mujib.

Al-Baari' (Maha Mengadakan)


"Jangan letakkan harapanmu kepada manusia kerana kamu mungkin terluka. Letakkan harapanmu kepada Tuhan kerana Tuhan tidak menghampakanmu.''
_Al-Anshari_

Ya Allahu Ya Baari', aturkanlah segala urusan kami agar selari dengan perancanganMu yang terbaik buat kami dan permudahkanlah segala urusan kami...Aamiin.

13 September 2013

Suami dan Isteri - saling memerlukan dan melengkapi


 Apa yang seorang suami mahukan dari isterinya? 

1. Hormati suami - Suami sebagai pemimpin sudah tentu ingin dirinya dihormati dan isteri sebagai pengikut harus dihargai. Justeru itu hormati lah dirinya sekiranya mahu diri kita dihargai.

2. Prihatin pada perasaan - Peka lah dengan perasaan suami dan perasaan kita sendiri. Jika suami berwajah sedih maka itu juga mengambarkan perasaannya. Justeru 
itu jangan lah kita menambah kesedihannya tapi kita cuba hiburkan hatinya dengan layanan dan senyuman manis kita.

3. Sentiasa berkomunikasi - Bagi membolehkan suami meluahkan apa jua samada ketidakpuasan hatinya pada kita. Kerana luahan itu lah petua untuk melancarkan sesebuah perhubungan.

4. Jangan tolak permintaan seks - Semua isteri harus tahu bahawa seks adalah antara keperluan utama seorang lelaki.

5. Jadi teman berbual - Perkahwinan itu satu perkongsian maka kongsi lah apa jua perasaan ketika berbual dengan suami. Dan jadi lah pendengar yang setia ada ketika nya...

6. Menjaga amanah suami - Seorang suami pastinya akan berasa bangga dan bahagia memiliki isteri yang mampu mendidik anak menjadi seorang yang bersopan dan baik tingkah laku nya.

7. Belajar menghargai - Suami perlu dihargai terutama diatas penat lelah dirinya menyara keluarga..

8. Patuh pada agama - Walaupun beribu tips yang diberikan untuk menjadi isteri yang baik tidak akan berguna jika sorang isteri itu tidak berpegang pada agama.. Jauhi segala larangan dan taat lah pada perintahNya dan juga suami.. taati lah suami kerana itu lah yang memudahkan isteri untuk mendapatkan syurga.

9. Jaga keterampilan - Seorang isteri perlu lah jaga penampilan tika bersama suami...

Tiada yang lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah dan bersederhana...

" Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ( tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) dibelakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka.. (Surah An-Nisa' ayat 34).

 Apa yang seorang isteri mahukan dari suaminya?

Berikut adalah perkara – perkara yang seorang isteri mahu dari suaminya.

• Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita – wanita lain.

• Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan – rakan.

• Seorang isteri mahukan komitmen dari suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.

• Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu di puji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya di manja dan di belai suaminya.

• Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan – angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.

• Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam berbagai hal.

• Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.

• Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan seks dengannya.

• Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud di hargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.

• Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.

Semoga perkara – perkara di atas dapat membantu anda untuk lebih memahami isteri anda.

Pendidikan Awal Anak-anak (2)


Pasakkan`AQIDAH yang sahih (ketetapan hati yang tiada keraguan pada Allah) di dalam jiwa anak2, seawal yang mungkin.

Untuk apa?
supaya anak2 dunia cyber ini bukan hanya takut pd amaran i/bapa, tp paling penting takut pd Allah.

Oleh itu:
*anak2 dunia cyber ini takkan tgk video pronografi bila i/bapa x dpt mengawasi
*anak2 dunia cyber ini tahu bahawa solat fardhu itu penting dr segalanya
*anak2 dunia cyber ini takkan menjadi imej kpd kartun upin ipin/boboboy/sin chan krn i/bapa y selalu sgt tinggalkan mrk ralit dgn kartun2 ini dpn ipad/tv
*anak2 dunia cyber ini xkan berkepit dgn ipad 24 jam sehingga waktu tidur mrk trgnggu tanpa pgthuan i/bapa
*anak2 dunia cyber ini,apabila sudah dpt membezakan antara air sabun y x blh diminum & air milo y blh diminum, dia jg dpt membezakan y mana satu suruhan Allah & y mana 1 larangan Allah.

Inisiatif ibu & ayah:
*selalu sebut ttg ALLAH pd anak2. w/pun dia masih di bwh 6 bulan, si kecil ini akan merakam percakapan i/ayah dlm minda. Sehingga mungkin 200x ulangan, anak ini akan familiar dgn apa y kte perkatakan.
*sentiasa memberitahu/nasihat anak2 kenapa kita melarang/menyuruh. supaya mereka tahu sebab tindakan i/ayahnya.Jgn sesekali melarang/menyuruh tanpa mereka faham kenapa mereka perlu berbuat begitu.
*apabila anak2 mula pandai bercakap & bertanya, ibu bapa perlu menguasai ilmu mantik (logik)

Cth (utk anak bwh 12 bln,mcm Nu'man ):
*Tgk apa tu syg?tu pokok..cantikkan pokok tu?siapa yg buat pokok tu?ALLAH...
*Tgk tu syg, cat (kucing) la..siapa buat cat tu..ALLAH...
***ckp je,biarlah diaorg buat muka selamba pun,mcm xde perasaan,tp percayalah,mrk sdg absorb apa y kita ckp

Sabda Nabi s.a.w: “Awalluddin Ma’rifatullah” Ertinya: ‘Pertama-tama ugama itu “Mengenal Allah”...


_Halaqah Nisa' Shah Alam_
_27 Ogos 2013_
_Perbincangan buku Indahnya Hidup Bersyariat_
_Topik:Pendidikan awal anak2_
 

:: Halwa Telinga ::