Photobucket

13 September 2013

Suami dan Isteri - saling memerlukan dan melengkapi


 Apa yang seorang suami mahukan dari isterinya? 

1. Hormati suami - Suami sebagai pemimpin sudah tentu ingin dirinya dihormati dan isteri sebagai pengikut harus dihargai. Justeru itu hormati lah dirinya sekiranya mahu diri kita dihargai.

2. Prihatin pada perasaan - Peka lah dengan perasaan suami dan perasaan kita sendiri. Jika suami berwajah sedih maka itu juga mengambarkan perasaannya. Justeru 
itu jangan lah kita menambah kesedihannya tapi kita cuba hiburkan hatinya dengan layanan dan senyuman manis kita.

3. Sentiasa berkomunikasi - Bagi membolehkan suami meluahkan apa jua samada ketidakpuasan hatinya pada kita. Kerana luahan itu lah petua untuk melancarkan sesebuah perhubungan.

4. Jangan tolak permintaan seks - Semua isteri harus tahu bahawa seks adalah antara keperluan utama seorang lelaki.

5. Jadi teman berbual - Perkahwinan itu satu perkongsian maka kongsi lah apa jua perasaan ketika berbual dengan suami. Dan jadi lah pendengar yang setia ada ketika nya...

6. Menjaga amanah suami - Seorang suami pastinya akan berasa bangga dan bahagia memiliki isteri yang mampu mendidik anak menjadi seorang yang bersopan dan baik tingkah laku nya.

7. Belajar menghargai - Suami perlu dihargai terutama diatas penat lelah dirinya menyara keluarga..

8. Patuh pada agama - Walaupun beribu tips yang diberikan untuk menjadi isteri yang baik tidak akan berguna jika sorang isteri itu tidak berpegang pada agama.. Jauhi segala larangan dan taat lah pada perintahNya dan juga suami.. taati lah suami kerana itu lah yang memudahkan isteri untuk mendapatkan syurga.

9. Jaga keterampilan - Seorang isteri perlu lah jaga penampilan tika bersama suami...

Tiada yang lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah dan bersederhana...

" Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ( tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) dibelakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka.. (Surah An-Nisa' ayat 34).

 Apa yang seorang isteri mahukan dari suaminya?

Berikut adalah perkara – perkara yang seorang isteri mahu dari suaminya.

• Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita – wanita lain.

• Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan – rakan.

• Seorang isteri mahukan komitmen dari suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.

• Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu di puji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya di manja dan di belai suaminya.

• Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan – angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.

• Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam berbagai hal.

• Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.

• Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan seks dengannya.

• Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud di hargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.

• Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.

Semoga perkara – perkara di atas dapat membantu anda untuk lebih memahami isteri anda.

No comments:

:: Halwa Telinga ::