"Apabila seorang manusia berbuat dosa, muncul satu titik hitam pada hatinya. Apabila beliau menghilangkan dosa itu dengan memohon keampunan dan bertaubat, hatinya menjadi bersih kembali. Sekiranya beliau melakukan dosa semula berulang-ulang, semakin banyak titik hitam muncul pada hatinya sehingga seluruh hatinya diselaputi kehitaman. Dalam hal ini, Allah berkata, " Sebenarnya apa yang mereka kerjakan itu menyebabkan kekotoran menyebulungi hati mereka." "
_(surah al-Mutaffifiin:14)
_direkodkan oleh Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Hakim
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Asy-Syams 91:9-10)
Ya Allahu Ya Qudus, bersihkanlah hati dan fikiran kami daripada memikirkan hal-hal yang Engkau benci. Masukkanlah perkara-perkara yang positif dalam hati dan fikiran kami supaya hidup kami tenteram dan damai dalam kesucian-Mu...aamiin.
No comments:
Post a Comment