Photobucket

11 March 2012

Pesanan buatku dan dirimu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi nikmat iman dan Islam dan masih lagi dipanjangkan umur untuk menghirup oksigen pinjamanNya..alhamdulillah..selawat dan salam juga buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..kekasih kita yang dicintai.

Sudah lama ana tidak mengupdate blog ini.Harapnya masih belum bersawang.huhu...terima kasih kepada sahabat2 yang masih sudi menjenguk blog ini...ana mohon jutaan kemaafan kerana sudah lama tidak berkongsi di sini. Selepas ini juga mungkin susah untuk ana update blog kerana kesibukan yang memanjang walaupun hakikatnya ada waktu terluang. Kelemahan ana sebab tidak pandai menguruskan masa. Moga-moga masih ada yang sudi menitip tinta dan menjenguk ke sini lagi. Mohon doa sahabat2 semoga Allah permudahkan segala urusan ana dan sahabat2 sekalian. 

Di sini ana sertakan sedikit pesanan membina daripada kakak kesayangan ana
untuk di kongsi bersama.
Semoga ALLAH sentiasa kasih dan redha kita semua...amin.

Pesanan ini untuk orang2 yang hatinya benar2 merasai cinta Allah dan mencintai Allah...

1)Lafazkan kalimah Allah di setiap saat dan waktu kerana bibir ini dicipta untuk memujiNYA bukan membesarkan dunia.


2)Berwudhu' dan bersolatlah saat hatimu perlukan ketenangan kerana hanya dengan mengingati Allah hati2 akan menjadi tenang.


3)Bergembiralah dan gembirakan orang sekelilingmu kerana Allah ingin
melihat dirimu tersenyum bukan menangis.

4)Doakan kebahagiaan untuk orang2 yang engkau sayangi kerana kebahagiaan itu akan tetap ada untukmu.

5)BERSABARLAH dalam pahitnya ujian dalam khidupan kerana Allah telah janjikan kebahagiaan dengan syarat SABAR sebagai jambatan.

6)Laluilah hidup ini dengan ilmu dan iman,bukan nafsu dan hasutan.

7)Ikhlaskan niat dalam segala amal dan perbuatan untuk ALLAH semata..

8)Jangan ditangisi pada sebuah perpisahan kerana disitu terciptanya pertemuan..

p/s: Semester ni ana agak sibuk dengan Final Year Project..mohon doa sahabat2 agar dipermudahkan...syukran.

No comments:

:: Halwa Telinga ::