Photobucket

16 October 2011

:: Wahai Diriku ::

Diriku,

Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, kau terlupa membaja taman hatimu sendiri, agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, tersentuh dengan daulat-Nya, merasa terpikul amanah Ad-Deen ini. Bukan kerana kau berjemaah, namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,

Seringkah kau mencari jalan, agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya, agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya, insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu. Ketahuilah diriku, hatimu itu keras, khusyu'mu kurang, syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya, terlalu banyak kurang & salahmu?

Diriku,

Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' dan tenang, muhasabahlah dirimu kala sunyi, selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan. Padanya ada bekalan, untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku,

Pada nawafil & amalan sunat, ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu, pada qiamullail di keheningan malam, bersama bisikan doa & munajatmu, diiringi esakan airmata keinsafan & keikhlasanmu, kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya. Di situ ada bekalnya.. Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat, pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai khalifah di muka bumi.

Diriku,

Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fisabilillah, pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat, adalah ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,

Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja, yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati. Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan. Hati yang sakit apatah lagi mampu menghidupkan hati yang mati?.

Diriku,

Amanahlah kau di hadapan manusia, kerana kedaulatan Tuhanmu. Namun rasailah kekerdilan dirimu, di hadapan kudrat dan iradatNya. PACAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN, yakni MEMPERJUANGKAN KEBENARAN...


Pesanan buat diriku dan juga dirimu:
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .
~Jangan bertangguh melakukan kebaikan~

No comments:

:: Halwa Telinga ::