Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al-Ghazali bertanya, pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “KEMATIAN”. Sebab itu adalah janji Allah SWT. bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (QS:Ali-Imran 185)
Kemudian, Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini ?”. Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tetapi yang paling benar adalah “MASA LALU”.Walau apa cara sekalipun yang kita guna, kita tetap tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Selepas itu, Imam Ghazali meneruskan lagi dengan bertanyakan soalan yang ketiga. “Apakah yang paling besar di dunia ini ?”. Murid-muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “NAFSU” (QS:Al-A’Raf 179). Oleh itu, kita harus sentiasa berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu menguasai diri dan membawa diri kita ke neraka.
Seterusnya pertanyaan yang keempat adalah, “Apakah yang paling berat di dunia ini ?”. Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tetapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH” (QS:Al-Ahzab 72).Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia sanggup menunaikan permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini ?“. Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah ”meninggalkan SOLAT”. Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat.
Seterusnya pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini ?”. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah “LIDAH MANUSIA”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
No comments:
Post a Comment