20 April 2011

~ sekadar renungan bersama ~


Malam yang indah diterangi cahaya bulan, 
dihiasi pula dengan bintang yang bergemerlapan..
Malam yang cukup damai dan tenang, 
pasti menggamit setiap jiwa insan...

~Jika malam itu panjang terasa, 
janganlah dipendekkan pula dengan tidur semata-mata...
Carilah cintaNya dalam sujudmu ditengah malam, 
pasti jiwa dan hatimu akan tenteram..
Bertahajudlah disaat insan lain dibuai mimpi,
 semoga hidup sentiasa dlm keredhaan Ilahi...~



dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai ibadah tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (al-Isra':79)

1 comment:

Syukri Kamaruddin said...

betapa besarnya pahala orang yg bgunkn solat mlm.. mmang rugi kalau habiskn dengan tdo semata.

:: Halwa Telinga ::