Photobucket

10 April 2011

Mereka yang dirindui =(

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah..masih lagi diberi pinjaman nyawa olehNya untuk terus menitipkan bait-bait tinta di alam maya ini. Sudah agak lama rasanya ana x menulis. Masa begitu mencemburui dan terlalu banyak komitmen lain yang memerlukan masa itu digunakan sebaiknya. 

Tambahan lagi, final exam yang makin hampir. Tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Semester ni cuma 5 subjects ada final exam walaupun ambik 7 subjects. Tapi credit hour agak banyak iaitu 23 sebab ada 4 papers 4 jam kredit setiap subjek. 

Alhamdulillah, semua project and assignment dah siap cuma tinggal 1 sahaja lagi project yang in progress. Kena submit 20 April 2011( First paper exam) tapi akan cuba tuk siapkan dan hantar before 14 April. insyaAllah. Selalunya project paper, test, assignment, presentation mula berderet seminggu sebelum exam. Next week, ana ada 3 presentation, 3 test dan 1 project yang perlu dihantar. Cuti study week cuma 4 hari semester ni. x sempat nak balik rumah. Dah lama sangat xbalik rumah jumpa family..rasa rindu sangat.huhu

setiap kali telefon rumah, mesti abah dan umi akan tanya bila nak balik..mungkin terlalu rindu pada anaknya yang seorang ni.huhu.walaupun dah bagitahu, mereka tetap akan tanya soalan yang sama. Ana yakin, semua parents pun macam tu. Mereka terlalu sayangkan kita dan rindu bila berjauhan dengan kita cuma mereka tidak menuturkannya sahaja. Terlalu besar kasih dan sayang mereka. xterbalas jasa mereka melahirkan,membesarkan dan mendidik kita sehingga kita mampu berada di sini. Mereka tidak pernah meminta untuk dibalas jasa mereka. Hanya doa yang tidak pernah putus dari seorang anak yang soleh mereka harapkan.

Doa untuk Ibubapa:
[doa_ibu_bapa.jpg]

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 
Jadi, sama-samalah kita doakan kesejahteraan mereka. InsyaAllah, setiap amalan kebaikan yang kita buat pasti turut menyumbang ganjaran pahala buat mereka yang telah melahirkan kita.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
  
Riwayat al-Hakim


Huraian : 

Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
 
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Pintaku padaMu ya Rabb:

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

 

p/s dan muhasabah buat diri:
 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah...Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya,atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan  mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan  di dunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

No comments:

:: Halwa Telinga ::