Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi nikmat iman dan Islam dan masih lagi dipanjangkan umur untuk menghirup oksigen pinjamanNya..alhamdulillah..selawat dan salam juga buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..kekasih kita yang dicintai.
Sudah lama rasanya tidak berkongsi coretan dilaman blog ini tapi rasanya belum bersawang kan?huhu..ana mohon maaf atas ketidaksempatan untuk menulis sesuatu untuk perkongsian dan peringatan bersama..masa begitu mencemburui dengan tugasan dan kuliah yang baru sahaja bermula. Pejam celik, pejam celik begitu cepat dan pantasnya masa itu berlalu..sekarang ana sudah memasuki semester 4. Jadi, tugasan pun semakin bertambah dan memerlukan ana untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Tambahan pula, sem ni mendapat takhlifan baru yang memerlukan komitmen ana dalam melancarkan lagi pengurusan di sini. Mohon doa kalian ye agar diri ini mampu menempuh semuanya dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya..amin.
Sekarang pun sudah masuk tahun baru masihi..tahun 2011 dan umur pun pastinya meningkat dari hari ke hari dan semakin dekat dengan saat yang begitu diimpikan oleh insan yang beramal soleh iaitu saat bertemu dengan penciptanya..setiap saat waktu yang berlalu, setiap saat itu juga lah kita menghampiri detik kematian kerana mati itu merupakan kepastian bagi setiap yang bernyawa dan hidupnya kita di muka bumi yang fana ini hanyalah dengan izin Allah SWT. (Mati itu pasti,hidup itu insyaAllah).
perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu,
perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati.
Bila sebut tahun baru, pastinya yang terlintas adalah azam baru..kenapa ye? Tahun baru masihi pasti ditunggu-tunggu oleh kita tapi bagaimana pula tahun baru hijrah? Adakah kita semua sedar yang kita sudah sebulan memasuki tahun baru hijrah iaitu 1432H?dan hari ini sudah pun 30 Muharram. Kebanyakkan dari kita lebih meraikan dan mengingati tahun baru masihi berbanding tahun baru hijrah. Malam tahun baru pastinya dinanti-nanti terutamanya golongan muda-mudi.
Alhamdulillah, malam tahun baru yang lepas, ana antara salah seorang yang berpeluang dan dipilih oleh Allah dalam jutaan masyarakat, untuk turut serta dalam program anti-zina yang dilangsungkan di sekitar Selangor oleh JAIS. Menjalankan amar makruf nahi mungkar ini bukan suatu yang mudah namun kita tidak boleh berputus asa dan mengelakkan diri melakukan amar makruf nahi mungkar kerana sebagai seorang muslim, ia adalah menjadi kewajiban kita. Kalau bukan kita,siapa lagi?
Firman Allah SWT:
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dijadikan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
( Al-Imran:110 )
Jangan terlalu mengharapkan orang lain kalau kita sendiri tidak melakukannya. Ana teringat satu kisah tentang seorang raja yang meminta rakyatnya meletakkan satu gelas susu seorang ke dalam satu kolam yang besar pada malam hari dan ingin memastikan kolam tersebut dipenuhi susu pada keesokan harinya. Namun,apabila Raja pergi melihat kolam tersebut keesokannya didapati bahawa kolam tersebut dipenuhi dengan air kosong dan bukannya air susu. Hal ini demikian kerana rakyatnya berpendapat bahawa jika dia seorang yang meletakkan air kosong di dalam kolam tersebut, pasti tidak akan diketahui oleh raja tersebut kerana rakyat yang lain meletakkan air susu.
Pengajarannya, kita janganlah terlalu mengharapkan orang lain dalam melakukan sesuatu perkara tanpa kita terlebih dahulu memulakannya..kalaulah kita tidak mampu, kita perlulah saling tolong-menolong sesama kita. Konsep amar ma'aruf nahi mungkar itu terlalu luas untuk kita laksanakan. Gunalah kaedah yang mampu kita buat untuk mencegah kemungkaran. Selemah-lemah teguran adalah dengan hati...
Akhir kata, sama-samalah kita muhasabah diri dan renungkan apakah yang telah kita sumbangkan untuk Islam, agama yang tercinta. Segala kekurangan dan kesilapan, ana mohon maaf dan ana harapkan teguran dari sahabat-sahabat kerana diri ini masih lagi bertatih dan berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik.
salam sayang kerana Allah...
No comments:
Post a Comment