22 November 2010

Tahu, Mahu Dan Jihad

Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara.
Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.
Hampir semua orang tahu perkara ini.
Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut.
Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.
Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa.
Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa?
Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.
Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya.
Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.
Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.
Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk
berdakwah.
Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?
Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia.
Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.
Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.
Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif?

Artikel iluvislam.com

No comments:

:: Halwa Telinga ::