iLuvislam.com Bantah Konsert Adam Lambert
12 Okt, Kuala Lumpur : Team iLuvislam.com menyatakan bantahan kami terhadap penganjuran konsert Adam Lambert, seorang artis yang lebih suka memaparkan adegan-adegan yang tidak senonoh dalam klip video dan konsertnya di luar negara.Konsert itu bakal diadakan pada Khamis ini, 14 Oktober 2010.
Adam Lambert sebelum ini banyak memaparkan budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu dalam konsertnya.
Artis itu juga telah dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.
Kami berpendapat konsert seperti ini akan menggalakkan lagi budaya negatif dan maksiat dikalangan remaja Malaysia terutamanya Melayu.
Mahukah kita menjadi seperti sesetengah negara yang menghalalkan perbuatan gay dan menganggap ia
merupakan sesuatu yang 'norm' atau kebiasaan dalam masyarakat?
Pastinya 'mencegah itu lebih baik dari mengubati.'
Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran dari sirah kaum Nabi Luth yang ditimpa bala daripada Allah SWT dek budaya songsang mereka.
Kesan peninggalan azab Allah SWt itu masih boleh dilihat di Bandar Sodom yang terletak di pinggir laut mati berhampiran dengan Jordan dan Palestine.
Jadi, sekali lagi kami ingin menyatakan bantahan kami ke atas penganjuran konsert Adam Lambert dan kami meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk membatalkannya.
No comments:
Post a Comment